the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
31.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tidak curiga jutaan wang dideposit ke akaun Najib kerana beliau Perdana Menteri: Saksi

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa tidak timbul sebarang curiga apabila terdapat transaksi wang masuk melibatkan jutaan ringgit ke dalam akaun Datuk Seri Najib Abdul Razak (gambar) pada 2011 dan 2012 kerana akaun itu milik Perdana Menteri ketika itu.

Bekas Pengurus Perhubungan AmBank Joanna Yu Ging Ping, 51, berkata beliau dan pihak atasannya tidak mensyaki dana itu daripada sumber haram kerana pemegang akaun adalah Najib.

Saksi pendakwaan ke-41 itu berkata demikian ketika disoal peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada perbicaraan bekas perdana menteri itu membabitkan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Muhammad Shafee: Kamu berurusan dengan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low. Berurusan dengan Nik Faisal Ariff Kamil (bekas ketua pegawai pelaburan 1MDB). Kamu tidak syak wang itu datang dari sumber haram?

Yu: Itu akaun perdana menteri (Najib). Saya percaya orang atasan semua menyedarinya.

Muhammad Shafee: Baik kamu mahupun pegawai kamu tidak ada sedikit pun syak wasangka bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan wang itu.

Yu: Kami akan melaporkannya. Pada pemahaman saya, pengarah urusan AmBank ketika itu, Cheah Tek Kuang, telah bertemu dengan pegawai Bank Negara Malaysia (BNM). Kami menerimanya kerana ia tidak menyalahi undang-undang.

Saksi itu kemudian bersetuju dengan peguam bahawa jika terdapat sebarang syak wasangka, BNM akan dimaklumkan dengan segera.

“Saya dimaklumkan bahawa tujuan wang dikreditkan ke dalam akaun Datuk Seri (Najib) adalah tujuan derma atau hadiah peribadi,“ katanya.

Muhammad Shafee kemudian beralih ke akaun Najib, menyoal Yu mengenai siapa yang mencadangkan bahawa Najib mahu membuka akaun dengan AmBank.

Saksi itu berkata Jho Low memberitahunya bahawa Najib mahu membuka akaun dengan AmBank, dan beliau terkejut apabila mendengarnya.

Muhammad Shafee: Kamu tidak terfikir PM (Najib) perlu (buka akaun) dengan AmBank? Adakah bank teruk sehingga kamu tidak menjangkakannya?

Yu: Tidak, tetapi saya tidak ingat apa-apa urusan saya. Mereka (ahli politik) biasanya menggunakan CIMB atau Maybank.

Najib, 69, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

BN blends experience and new faces for Johor polls

Barisan Nasional’s mix of veteran leaders and fresh candidates for the Johor state election is the best formula for governing complex challenges, says Mohamed Khaled.

Bank of China (Hong Kong) x Television Broadcasts Limited (“TVB”) “Wealth Management Expo 2026”...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 27 June 2026 - The "Wealth Management Expo 2026", powered by Bank of China (Hong Kong) ("BOCHK") and organised by TVB under the theme of "Empowering Enterprises to Go Global, Pioneering the Blue Ocean of Silver Economy", was successfully held today.

Vinmec Launches Vietnam’s First Integrated High-Tech Robotic Surgery Network, Establishing the Country’s First Multi-Connected...

HANOI, VIETNAM - Media OutReach Newswire – 27 June 2026 - Vinmec Healthcare System today officially launched its nationwide network of High-Tech Robotic Surgery Centers, marking a major milestone in the advancement of surgical innovation in Vietnam.

Flash Sports & Media, Inc. Unveils Plan to Build the Next Tier of T20...

Tampa, Florida - Newsfile Corp. - June 26, 2026 - Flash Sports & Media, Inc. (NASDAQ: FLZH), a sports media and content company focused on the global cricket industry, today announced the release of its 2026 Investor Presentation filed with the U.S. Securities and Exchange Commission on Form 8-K, outlining the Company's strategic vision to build the first vertically integrated, multi-market T20 cricket platform on a public exchange.

OneGrowth 2026: Shared AI Token Era Ahead China Telecom Global Partner Conference Held

On June 25, 2026, the China Telecom Global Partner Conference convened in Shanghai. Centered on the theme of "OneGrowth 2026: Shared AI Token Era Ahead," the event brought together leading global telcos, key ecosystem partners, and prominent clients from both domestic and international markets.

Hong Kong celebrates surge of global enterprises driving investment and opportunities

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 26 June 2026 – More than 380 representatives of global enterprises joined a welcome reception yesterday (June 25) for 413 newly arrived or expanded overseas and Chinese Mainland companies in Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings