the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
27.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Perhilitan mula operasi tangkap gajah sebabkan kematian remaja Orang Asli

KUANTAN: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang memulakan operasi bagi menangkap gajah liar dipercayai menyebabkan kematian seorang remaja Orang Asli di Kampung Tual, Pos Sinderut di Kuala Lipis, semalam.

Pengarahnya Rozidan Md Yasin berkata 11 kakitangan terlibat dalam operasi menangkap hari ini dibahagikan kepada dua pasukan manakala lima lagi petugas ditubuhkan bagi tujuan kawalan keselamatan.

“Penjejakan akan dibuat setiap hari berdasarkan kesan terbaharu yang ditemukan kumpulan peninjau dan maklumat daripada penduduk.

“Jarak penjejakan dianggarkan antara 10 hingga 20 kilometer setiap hari, bergantung kepada jejak yang ditinggalkan haiwan berkenaan,“ katanya semasa dihubungi di sini hari ini.

Rozidan berkata setakat ini, operasi itu dijadual diadakan selama 10 hari.

Semalam, polis mengesahkan kematian Andy Yok Manin, 15, dipercayai akibat serangan gajah semasa berada di kebun durian di kampung tersebut.

Pihak berkuasa dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 4.30 petang semalam, oleh batin kampung selepas keluarga mangsa yang turut berada di kebun berkenaan membawa mayatnya pulang ke rumah yang terletak kira-kira 30 kilometer dari kebun tersebut.

Gajah itu dipercayai menghala ke kebun itu selepas dihalau penduduk Kampung Regang di pos sama, selepas membuat kacau di situ. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings