the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 7, 2026
30.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pasukan keselamatan Brazil kembali kuasai bangunan kongres, tahan 170 penunjuk perasaan

BUENOS AIRES: Pasukan keselamatan Brazil menguasai semula bangunan Kongres Nasional pada Ahad dan menahan 170 penyokong bekas Presiden Jair Bolsonaro yang terlibat dalam tunjuk perasaan dan menyerbu masuk dan menggeledah dewan perundangan itu.

“Seramai 170 orang ditahan dalam operasi hari inï,“ lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Jabatan Siasatan Khas Polis di Twitter.

Sementara itu, Bolsonaro dalam tweetnya berkata “demonstrasi aman mengikut undang-undang merupakan sebahagian daripada demokrasi. Namun pemusnahan dan pencerobohan bangunan awam seperti yang berlaku hari ini serta yang diamalkan oleh kumpulan fahaman kiri pada 2013 dan 2017,“ melanggar undang-undang.

Laporan itu menyebut Bolsonaro yang meninggalkan negara itu ke Orlando Florida AS dua hari sebelum pelantikan Luiz Inacio Lula da Silva sebagai Presiden pada 1 Jan, menulis di Twitter bahawa “sepanjang mandatnya beliau sentiasa mematuhi Perlembagaan, menghormati dan mempertahan undang-undang, demokrasi, ketelusan dan kebebasan suci.”

Bolsonaro juga menafikan tuduhan tanpa bukti yang dilemparkan terhadapnya dan yang dikaitkan dengannya oleh ketua eksekutif Brazil sekarang.

Penafian itu dibuat susulan kenyataan Lula dalam sidang akhbar pada Ahad yang mendakwa ahli politik sayap kanan itu menggalakkan tindakan sedemikian dalam beberapa ucapannya.

Selepas Lula memenangi pilihan raya Oktober lalu, penyokong Bolsonaro melakukan demonstrasi, ramai yang menyekat lebuh raya di seluruh negara dan mendesak agar tentera campur tangan terhadap pemimpin berhaluan kiri itu, menurut agensi berita Anadolu.

Pada Ahad, penyokong Bolsonaro menceroboh dan menggeledah tiga bangunan kerajaan di ibu negara Brasilia – Istana Planalto atau pejabat Presiden, Kongres dan Mahkamah Persekutuan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

As EVs become the majority of new car registrations in Singapore, Allianz highlights a...

Electric vehicles (EVs) have reached a defining milestone in Singapore. Allianz Insurance Singapore says the national EV conversation is evolving beyond adoption towards a fundamental shift in how drivers think about vehicle ownership, as EVs now account for the majority of new car registrations.

AEON Bank Biz powers up business growth with Term Financing-i and Working Capital Financing-i

AEON Bank (M) Berhad, Malaysia's first digital Islamic bank, has expanded its business banking financing facilities with the introduction of Term Financing-i and Working Capital Financing-i, anchored by its Business Banking vertical, AEON Bank Biz.

SCG and ASEAN Strengthen Industrial Collaboration Amid Global Transformation

Thammasak Sethaudom, President and Chief Executive Officer of SCG, emphasized that ASEAN industries are undergoing structural transformation and must continuously strengthen capabilities, resilience, and regional cooperation to support sustainable long-term growth.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings