the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Keahlian seorang ahli Bersatu Perak gugur kerana bantu kempen calon BN

PASIR SALAK: Keanggotaan seorang ahli parti Bersatu, Ramelle Ashram Ramli yang membantu kempen calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), gugur secara automatik, kata Setiausaha Bersatu Perak Datuk Zainol Fadzi Paharuddin.

Beliau berkata tindakan membantu kempen parti lawan berkenaan dianggap melanggar disiplin serta memberi imej tidak baik kepada parti.

“Kita terima laporan beliau membantu parti lain dan mendapati Ramelle terlibat, maka tindakan tatatertib diambil ke atasnya serta merta,“ katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini hari ini.

Ramelle dikatakan berkempen untuk calon BN-Umno Parlimen Pasir Salak Khairul Azwan Harun pada PRU15 ini, selepas penyandang bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman tidak dipilih oleh pucuk pimpinan Umno untuk mempertahankan kerusi Parlimen itu yang menjadi miliknya itu sejak 2008.

Pertembungan di parlimen Pasir Salak melibatkan pertandingan empat penjuru antara Khairul Azwan, calon Pakatan Harapan Nik Omar Nik Abdul Aziz (PH-PKR), Jamaluddin Yahya (PN-PAS) dan Zairol Hizam Zakaria (GTA-Putra). -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Senior living project partners AIA unit

Eden at Botanica CT, a nursing care residence and a low-density active living resort, has partnered with AIA Pension and Asset Management Sdn Bhd (APAM) to integrate retirement savings into its senior living development in Balik Pulau, with purchasers receiving a RM25,000 contribution into a Private Retirement Scheme (PRS) fund.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings