the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Politik Sabah: Istana Seri Kinabalu terus jadi tumpuan pengamal media

KOTA KINABALU: Istana Seri Kinabalu di sini terus menjadi tumpuan pengamal media susulan ketidaktentuan politik di Sabah.

Setakat 3 petang tadi, tiada pergerakan keluar masuk kenderaan pemimpin politik dilihat di perkarangan istana.

Pada Rabu lepas, Setiausaha Agung GRS Datuk Seri Masidi Manjun dilapor berkata gabungan itu sedia membuktikan keabsahan sokongan kepada Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri selepas ada pihak tertentu mendakwa mereka memiliki sokongan lebih separuh daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin dalam sidang media pada Jumaat lepas, mengumumkan pendirian UMNO dan BN Sabah untuk menarik sokongan terhadap Hajiji susulan hilang kepercayaan terhadap kedudukannya sebagai Ketua Menteri, selain perjanjian antara BN dan Perikatan Nasional (PN) telah dilanggar.

Bagaimanapun, lima ADUN BN Sabah tampil mempertahankan kedudukan Hajiji dengan menolak keputusan BN negeri menarik sokongan serta menegaskan kini bukan masa merebut kuasa politik.

Dalam pada itu, Istana Seri Kinabalu turut menyediakan kemudahan seperti khemah kepada petugas media yang berkumpul sejak 9 pagi tadi bagi membuat liputan situasi politik semasa di Sabah. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Senior living project partners AIA unit

Eden at Botanica CT, a nursing care residence and a low-density active living resort, has partnered with AIA Pension and Asset Management Sdn Bhd (APAM) to integrate retirement savings into its senior living development in Balik Pulau, with purchasers receiving a RM25,000 contribution into a Private Retirement Scheme (PRS) fund.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings