the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hubungan dua hala China-Jepun mesti seiring perkembangan zaman: Wang Yi

BEIJING: China dan Jepun harus meneliti semula aspirasi asal yang disepakati dan menimba pengalaman daripada sejarah bagi memastikan hubungan dua hala yang terjalin seiring dengan perkembangan zaman, kata Menteri Luar China, Wang Yi (gambar) pada Isnin.

Dalam ucapannya menerusi pautan video pada majlis perasmian seminar ulang tahun ke-50 pemulihan hubungan China-Jepun, Wang yang juga ahli Dewan Negara China berkata kedua-dua negara perlu mematuhi komitmen dan mengekalkan asas politik hubungan China-Jepun.

“Untuk memastikan perkembangan hubungan dua hala yang mantap dan stabil, empat dokumen politik yang disepakati antara kedua-dua negara mesti dipatuhi dan komitmen yang telah dibuat setakat ini harus dihormati.

“Ungkapan yang kabur maknanya dan pengunduran patut dielakkan kedua-dua pihak dalam menangani isu utama yang berprinsip yang melibatkan sejarah silam dan Taiwan.

“Konsensus politik berhubung ‘kedua-dua pihak merupakan rakan kerjasama dan tidak mencetuskan ancaman antara satu sama lain’ harus dijadikan cerminan dasar kedua-dua negara dan dilaksanakan secara bersungguh-sungguh bagi memastikan perkembangan hubungan bilateral pada landasan yang betul,” kata Wang.

Beliau berkata kedua-dua negara juga perlu memupuk perkongsian yang kukuh, mempertahankan perspektif global di samping mengekalkan rantaian perindustrian dan kestabilan serta kelancaran bekalan global dan persekitaran perdagangan serta pelaburan adil dan terbuka.

Wang berkata pertukaran dalam kalangan rakyat China dan Jepun mempunyai sejarah yang lama dan kedua-dua pihak perlu mengelakkan tindakan yang boleh menjejaskan nilai murni yang sedia ada.

“Kedua-dua negara dikehendaki mengikuti arus perkembangan semasa dan mengamalkan multilateralisme sebenar, bersama-sama menggalakkan kestabilan dan pembangunan bersepadu serantau,“ katanya.

Menteri Luar Jepun Yoshimasa Hayashi dalam ucapannya menerusi pautan video mencadangkan kedua-dua pihak memberi tumpuan kepada 50 tahun yang akan datang serta bekerjasama mewujudkan hubungan Jepun-China yang bersifat membina dan stabil.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings