Saturday, November 1, 2025
32.1 C
Malaysia
spot_img

Pencemaran Sungai Johor musnahkan hasil tangkapan nelayan

The Sun Webdesk

Lebih 150 nelayan dan komuniti Orang Asli terjejas teruk akibat pencemaran lumpur Sungai Johor, mohon bantuan segera kerajaan.

KOTA TINGGI: Lebih 150 nelayan termasuk komuniti Orang Asli di sepanjang hulu Sungai Johor memohon bantuan segera susulan pencemaran lumpur yang dikesan sejak pagi semalam.

Tok Batin Kampung Orang Asli Sayong Pinang Majid Jantan berkata air sungai itu didapati keruh sekitar 7 pagi susulan insiden kolam cucian pasir yang pecah di sebuah kawasan perlombongan pasir darat di Kota Tinggi.

“Saya sangat kecewa kerana anak buah saya tidak dapat turun ke sungai untuk mencari rezeki dan kali ini memang pencemaran paling teruk hingga banyak ikan yang mati, penuh di tepi sungai.

“Bila air dah jadi keruh begini memang sangat memberi kesan kepada kami…tidak tahu bila situasi ini akan pulih,” katanya ketika ditemui di lokasi yang tercemar di sini hari ini.

Majid turut berharap kerajaan dan agensi berkaitan dapat menyalurkan bantuan segera kepada komuniti Orang Asli yang terjejas.

Pengerusi Jaringan Perikanan Daerah Kota Tinggi bagi Masyarakat Orang Asli merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Kampung Orang Asli Sayong Pinang Jasni Amat berkata pencemaran itu menjejaskan pendapatan nelayan yang bergantung sepenuhnya kepada sumber sungai.

“Saya harap pihak kerajaan boleh mengambil tindakan sewajarnya kerana Sungai Johor ini nadi utama rakyat Johor.

Setiap kali pencemaran berlaku, nelayan berdepan risiko kerana sungai mengambil masa lima hingga enam bulan malah bertahun untuk pulih,” katanya.

Beliau berkata syarikat terlibat wajar melaksanakan program tanggungjawab sosial termasuk mengeluarkan benih ikan bagi membolehkan nelayan kembali mencari rezeki di sungai.

Jasni turut memohon supaya kerajaan mempertimbangkan bantuan bakul makanan atau sumbangan kewangan kerana nelayan tidak mampu mencari rezeki dalam tempoh pemulihan sungai itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor Mohamad Fazli Mohamad Salleh dalam kenyataan berkata kekeruhan air mentah di Lembangan Sungai Johor mencatat peningkatan luar biasa hingga 37,400 Nephelometric Turbidity Unit berbanding paras normal sekitar 400 NTU.

Mohamad Fazli berkata kejadian itu berpunca daripada pergerakan tanah yang menyebabkan kolam cucian pasir keenam milik sebuah syarikat tempatan pecah lalu mencemari aliran Sungai Johor. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Mazda unveils Vision X-Coupe and Vision X-Compact

Mazda Motor Corporation has taken centre stage at the Japan Mobility Show 2025 with the unveiling of two concept models — the MAZDA VISION X-COUPE and the MAZDA VISION X-COMPACT. Both models represent Mazda’s forward-looking theme for this year’s exhibition: “The Joy of Driving Fuels a Sustainable Tomorrow.” The MAZDA VISION X-COUPE is a crossover coupe that brings the brand’s KODO – Soul of Motion design language to a new level of sophistication. It’s a striking expression of Mazda’s belief that driving pleasure and sustainability can coexist.
spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img