Monday, November 3, 2025
24.9 C
Malaysia
spot_img

Projek super magnet RM600 juta di Pahang wujud peluang pekerjaan

The Sun Webdesk

Projek super magnet RM600 juta di Pahang mampu wujudkan banyak peluang pekerjaan dan tarik pelabur domestik serta antarabangsa.

KUANTAN: Projek pembangunan fasiliti pembuatan “super magnet” bernilai RM600 juta yang bakal dibangunkan di Pahang, dijangka mampu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan meningkat ekonomi negeri. 

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata projek berimpak tinggi itu juga berpotensi menarik minat pelabur domestik dan antarabangsa, sekali gus menyumbang kepada limpahan ekonomi kepada rakyat setempat. 

“Saya mengalu-alukan (pembangunan fasiliti super magnet) kerana apabila ada pelaburan (baharu), kita dapat wujudkan peluang pekerjaan. Ramai orang boleh bekerja dan datang ke Pahang,” katanya. 

Beliau berkata kepada pemberita selepas mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Sesi Ramah Mesra Bersama Warga Industri Kuantan di di Kolej Teknologi Termaju Jabatan Tenaga Manusia (ADTEC JTM) Kampus Kuantan di sini hari ini.

Wan Rosdy berkata perkembangan mengenai projek berkenaan akan dibincangkan bersama kerajaan Persekutuan. 

“Kerajaan negeri juga akan memberikan pandangan yang berkaitan dengan industri ini,” katanya.

Semalam, media melaporkan projek fasiliti super magnet yang bakal dibangunkan JS Link dan Lynas Malaysia di Pahang, dilihat berpotensi untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia, sekali gus mewujudkan potensi baru dalam industri hiliran bagi nadir bumi. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img