Monday, November 3, 2025
24.9 C
Malaysia
spot_img

Abai gaji : Keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pengajaran untuk majikan – KESUMA

The Sun Webdesk

Steven Sim tegaskan majikan mesti bayar gaji pekerja asing sebaik tiba di Malaysia, susulan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam.

PUTRAJAYA: Keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam berhubung pengabaian gaji pekerja asing wajar dijadikan pengajaran kepada majikan kerana kegagalan membayar gaji merupakan pelanggaran serius terhadap undang-undang buruh negara.

Merujuk kepada keputusan mahkamah itu pada 31 Okt lepas, Menteri Sumber Manusia Steven Sim berkata Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menafikan hak asasi pekerja.

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 31 Okt mengekalkan keputusan Mahkamah Buruh pada 8 Nov 2024 yang mengarahkan supaya majikan membuat bayaran tunggakan gaji kepada 93 pekerja migran yang diabaikan tanpa pekerjaan sebaik tiba di Malaysia.

“Keputusan ini secara tidak langsung mengesahkan pendirian KESUMA bahawa setiap majikan yang membawa masuk pekerja migran ke negara ini wajib membayar gaji sebaik mereka tiba di Malaysia, walaupun pekerja belum diberikan sebarang tugasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Sim, beliau telah menegaskan sebelum ini bahawa setiap pekerja asing yang datang ke Malaysia berhak menerima gaji dan majikan tidak boleh culas dengan memberikan alasan tidak ada pekerjaan untuk mereka.

“Prinsipnya jelas, jika tiada pekerjaan disediakan, majikan tidak seharusnya membawa masuk pekerja asing namun jika pekerja telah dibawa masuk, maka adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk membayar gaji mereka,” katanya.

Beliau yang turut menyambut baik keputusan mahkamah itu memaklumkan kesemua 93 pekerja asing yang terlibat dalam kes tersebut telah berjaya ditempatkan semula dengan majikan baharu menerusi inisiatif Pertukaran Majikan Khas yang dilaksanakan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) di bawah KESUMA. 

Mahkamah Tinggi Shah Alam dilaporkan mengekalkan keputusan Mahkamah Buruh tahun lepas untuk menganugerahkan lebih RM760,000 tuntutan gaji tertunggak kepada 93 pekerja warga asing yang terkandas tanpa pekerjaan sebaik tiba di Malaysia pada 2023. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

A well-oiled machinery & equipment sector: The silent strength powering Malaysia’s semiconductor manufacturing excellence

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 3 November 2025 - In the global semiconductor race, the loudest voices don't always belong to those doing the heaviest lifting. While headlines trumpet chip breakthroughs and billion-dollar fabs, Malaysia has been quietly perfecting something far more fundamental: the machinery and equipment that makes it all possible.
spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img