the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
30.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anggota JPJ maut kemalangan ketika kejar penunggang motosikal

KUALA LUMPUR: Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) maut dalam kemalangan jalan raya ketika mengejar seorang penunggang motosikal di Kilometer 13 Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke Plaza Tol Gombak di sini hari ini.

Sebelum kejadian kira-kira 10 pagi itu, Muhammad Azizi Azizan, 30-an, dikatakan sedang meronda bersama beberapa anggota lain dengan menunggang motosikal di lokasi sekitar tol berkenaan.

Mangsa dikatakan mengejar penunggang motosikal itu kerana penunggang terbabit cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya.

Motosikal mangsa terbabas dan menyebabkannya terjatuh lalu dilanggar sebuah kereta dari arah belakang.

Pegawai perubatan yang tiba di tempat kejadian mengesahkan Muhammad Azizi meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Pengarah JPJ Kuala Lumpur Mohd Zaki Ismail ketika ditemui di lokasi mengesahkan kejadian dan memaklumkan mayat Muhammad Azizi dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Supt Noor Ariffin Mohamad Nasir dalam kenyataan berkata kemalangan maut berkenaan berlaku ketika mangsa sedang mengejar seorang penunggang motosikal yang melarikan diri daripada sekatan jalan raya JPJ di lorong motosikal Plaza Tol Gombak dalam keadaan melawan arus.

“Mangsa mengejar penunggang motosikal berkenaan di lorong kecemasan dari arah Plaza Tol Gombak menghala ke arah Sri Gombak. Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan ke atas motosikalnya dan terbabas ke lorong paling kiri jalan sebelum dilanggar oleh sebuah kereta yang tidak sempat mengelak,” katanya.

Beliau berkata saksi kejadian atau orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Insp Mohd Shaifuddin Mohd Nor di talian 017-664 5812 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-6126 2222.

Dalam pada itu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dalam hantaran menerusi laman Facebook mengucapkan takziah kepada keluarga Muhammad Azizi, Pembantu Penguat Kuasa JPJ Kuala Lumpur.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat. Muhammad Azizi adalah seorang anggota yang cukup komited dalam menjalankan tugas. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada warga MOT (Kementerian Pengangkutan) khususnya JPJ,” katanya. — Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

L’Occitane en Provence marks 50 years of crafting life ties, unveils global reinvention and...

L’Occitane en Provence celebrates its 50th anniversary with a global brand reinvention, refreshed product portfolio and immersive customer experiences. In Malaysia, the milestone is marked through the "Maison Surprise" campaign, featuring complimentary gifts, interactive activations and community-focused experiences.

CG Capital, the leader in branded residences in Thailand, marks milestone success for InterContinental...

CG Capital announced strong early demand for InterContinental Residences Bangkok Asoke, with over 60% of units reserved before its official launch. The luxury branded residence reflects growing confidence in Thailand's high-end property market despite ongoing global economic uncertainty.

FastMed HK welcomes Greater Bay Area visitors to access doctor assessment and prescription dispensing...

FastMed HK is expanding access to online doctor assessments and prescription dispensing for Hong Kong residents and Greater Bay Area visitors, offering a structured digital healthcare pathway with e-prescriptions, medicine delivery or collection, and privacy-focused services for various prescription-based healthcare needs.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings