the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
25.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Vaksin petugas barisan hadapan pelancongan diberi selepas golongan berisiko tinggi

KUALA LUMPUR: Pemberian vaksin Covid-19 untuk pertugas barisan hadapan pelancongan menerusi Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan akan dimulakan selepas selesai fasa suntikan anggota barisan hadapan dan golongan berisiko tinggi.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan Kementerian Kesihatan untuk memberi vaksin kepada anggota sektor berkenaan yang bertugas dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Menurut MOTAC, mereka yang terlibat untuk fasa pertama vaksinasi itu terdiri daripada petugas hotel sebagai Pusat Kuarantin yang berdaftar dengan kementerian serta petugas hotel bukan Pusat Kuarantin tetapi beroperasi sepanjang PKP 3.0 yang berdaftar dengan kementerian itu.

Selain itu, petugas industri penerbangan yang masih bertugas bagi Jun 2021 (Malaysia Airlines, AirAsia dan Malindo); dan petugas acara mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) juga termasuk dalam fasa itu.

Menurut kenyataan itu, fasa seterusnya akan melibatkan mereka yang berada dalam subsektor lain di bawah MOTAC berdasarkan kepada kelonggaran pengoperasian sektor ekonomi selepas PKP 3.0.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Nancy Shukri(gambar) berkata komitmen itu boleh menjadi pemangkin buat industri pelancongan negara untuk kembali bangkit, seterusnya membantu negara dalam mempercepatkan fasa pemulihan ekonomi.

Sementara itu, MOTAC menerusi agensinya, Biro Pameran dan Konvensyen Malaysia (MyCEB) berganding bahu dengan pemain industri dalam menawarkan pusat-pusat persidangan dan pameran sebagai PPV untuk meningkatkan kadar vaksinasi dalam negara.

Antaranya, ialah Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Pusat Konvensyen Setia Spice, Pusat Konvensyen Seberang Perai Arena, Pusat Konvensyen Borneo Kuching; Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah dan Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mannings continues “Safe Disposal of Unused Medicines Programme” for the fourth year partnering with...

Mannings is expanding its Safe Disposal of Unused Medicines Programme to 75 collection points across Hong Kong. Running from June 26 to July 23, the initiative promotes proper medicine disposal, medication counselling, environmental protection, and safer medication practices through partnerships with community organisations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings