the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, January 13, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Agong tiba di Bahrain untuk lawatan negara tiga hari

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memulakan lawatan negara ke Bahrain, disambut Raja Hamad, perkuat hubungan diplomatik dan perdagangan

MANAMA: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat tiba di sini pada Khamis untuk lawatan negara selama tiga hari ke Bahrain.

Pesawat khas yang membawa Seri Paduka Baginda berlepas dari Terminal Diraja, Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid, Riyadh selepas menamatkan lawatan empat hari di Arab Saudi, selamat mendarat di Pangkalan Udara Sakhir, di sini pada 3.40 petang (8.40 malam waktu Malaysia).

Mengiringi Yang di-Pertuan Agong ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Tan Sri Dr Azmi Rohani.

Keberangkatan tiba Sultan Ibrahim diberi sambutan hamparan permaidani merah oleh Raja Bahrain Raja Hamad bin Isa Al Khalifa, Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Bahrain Salman Hamad Al Khalifa, dan putera Bahrain yang lain.

Berangkat sama bagi menyambut keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda ialah paduka anakanda Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Al-Haj, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Al-Haj dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Al- Haj.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin, Duta Besar Malaysia ke Bahrain Datuk Shazryll Zahiran, Ketua Pegawai Istiadat Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri Datuk Rozainor Ramli, dan Datuk Paduka Maharaja Lela Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini.

Sultan Ibrahim kemudian berkenan menerima persembahan jambangan bunga daripada dua kanak-kanak perempuan, sebelum melintasi barisan kawalan kehormatan setempat dan disambut oleh kenamaan dari Malaysia dan Bahrain.

Seri Paduka Baginda seterusnya berangkat ke Istana Sakhir, Zallaq bagi istiadat sambutan negara oleh Raja Hamad.

Lawatan negara ke Bahrain ialah lawatan keenam dilaksanakan Sultan Ibrahim selepas Singapura, China, Brunei, Rusia dan Arab Saudi.

Lawatan itu juga menandakan satu peristiwa penting dalam sejarah hubungan diplomatik antara Malaysia dengan negara pulau di Teluk Parsi itu, yang merupakan lawatan pertama seumpamanya sejak 1974.

Tahun lepas, jumlah perdagangan dua hala Malaysia-Bahrain bernilai RM1.19 bilion (USD0.26 bilion).

Eksport Malaysia ke negara itu antaranya termasuklah makanan diproses, produk sawit, produk elektrik dan elektronik serta peralatan pengangkutan, manakala import utama dari Bahrain meliputi barangan logam, bijih dan sisa logam, produk petroleum, serta besi dan keluli.

Bahrain merupakan rakan dagang kesembilan terbesar Malaysia, destinasi eksport ke-11 terbesar dan sumber import kelapan terbesar dalam kalangan negara Asia Barat.

Related

spot_img

Latest

HDBank completes issuance of US$100 million green bonds to international investors

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Ho Chi Minh City Development Commercial Bank (HDBank, ticker symbol: HDB) has successfully issued a second tranche of international green bonds worth US$50 million to the Dutch Entrepreneurial Development Bank (FMO) and British International Investment (BII), the UK's development finance institution and impact investor, completing its $100 million international green bond initiative in 2025.

Hang Lung Enters the Next Phase in Its Sustainability Journey with Ambitious New Targets

HONG KONG SAR and SHANGHAI, CHINA - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Hang Lung Properties Limited (SEHK stock code: 00101) ("Hang Lung" or the "Company") today announces a new phase in its sustainability journey, unveiling 20 refreshed 2030 targets that build on its success in achieving its 25 x 25 Sustainability Targets.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories