the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 15, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Perbuatan pecah belah perpaduan dan keharmonian kaum wajib ditentang – Sultan Nazrin

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Sultan Nazrin titah segala perbuatan berpotensi pecah belah perpaduan dan keharmonian kaum wajib ditentang secara tegas demi kesejahteraan negara.

KUALA KANGSAR: Segala perbuatan berpotensi memecahbelahkan perpaduan serta hubungan harmoni antara kaum di Malaysia wajib ditentang secara tegas.

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah usaha menyatukan penduduk pasti berdepan halangan besar apabila masih ada rakyat memilih mensensasikan isu kaum, agama, negeri dan wilayah.

“Negara ini jangan dijadikan rumah sengketa, tempat berpesta insan yang mabuk kuasa,” titah baginda dalam Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia dan Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak Darul Ridzuan sempena ulang tahun hari keputeraan ke-69 di Istana Iskandariah.

Baginda menegaskan kemerdekaan bukan sekadar perayaan mengibarkan Jalur Gemilang tetapi lambang maruah bangsa dan titik mula negara berdiri dengan kaki sendiri.

“Kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi turut memiliki kebebasan minda dan kematangan politik,” titah Sultan Nazrin.

Baginda menzahirkan kebimbangan tindakan sesetengah pihak terlalu dipengaruhi emosi akan membawa kerugian besar kepada negara.

“Rakyat tidak harus dijadikan mangsa persengketaan politik yang bagaikan tidak ada penghujungnya,” titah baginda.

Semangat permuafakatan diasaskan pemimpin terdahulu ketika membentuk negara merdeka perlu terus dihormati menurut titah diraja.

Sebarang suara atau tindakan bercanggah dengan semangat permuafakatan itu wajib ditentang tegas.

Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak membantu melaksanakan amanah membangunkan negeri Perak dalam keadaan aman dan sejahtera. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV Technologies Appoints Veteran Mining Executive John C. McConnell to Board of Directors and...

Vancouver, British Columbia - Newsfile Corp. - July 15, 2026 - RZOLV Technologies Inc. (TSXV: RZL) (OTCQB: RZOLF) (FSE: S711) ("RZOLV" or the "Company") is pleased to announce the appointment of John C. McConnell to its Board of Directors, effective July 14th, 2026.

Founders Metals Provides Mid-Year Exploration Update Across Four Targets; Confirms New Antino Northeast Discovery...

Vancouver, British Columbia - Newsfile Corp. - July 15, 2026 - Founders Metals Inc. (TSXV: FDR) (OTCQX: FDMIF) (FSE: 9DL0) ("Founders" or the "Company") announces surface exploration and drilling results from its fully funded 70,000-metre drill program at the Antino Gold Project ("Antino" or the "Project") in southeastern Suriname (Figure 1).

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings