the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, December 26, 2025
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Loke ingatkan DAP Pulau Pinang bersiap hadapi kemungkinan PRU, PRN serentak

DAP Pulau Pinang diingatkan bersiap hadapi kemungkinan PRU16 dan PRN serentak tahun depan, walaupun penggal negeri masih panjang

BUKIT MERTAJAM: DAP Pulau Pinang diingatkan supaya tidak leka dengan kedudukan selesa parti itu dan perlu memulakan persiapan awal menghadapi kemungkinan Pilihan Raya Umum ke-16 dan Pilihan Raya Negeri diadakan serentak.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata tahun depan dijangka menjadi tempoh kritikal berikutan beberapa negeri seperti Johor, Melaka dan Sarawak akan menamatkan tempoh Dewan Undangan Negeri masing-masing.

“Sekiranya Perdana Menteri membuat keputusan untuk mengadakan PRU serentak dengan negeri-negeri ini, Parlimen mungkin perlu dibubarkan lebih awal,” katanya.

Beliau menegaskan tanggungjawabnya mengingatkan pimpinan Pulau Pinang supaya bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan, walaupun penggal negeri ini masih panjang.

Loke berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen Tahunan Negeri DAP Pulau Pinang 2025 yang dihadiri 696 perwakilan.

Beliau berkata situasi kini berbeza dengan PRU lepas apabila negeri-negeri ditadbir Pakatan Harapan mengadakan pilihan raya secara berasingan.

Kini kerajaan negeri dan kerajaan pusat berada di bawah pentadbiran sama, memerlukan strategi politik yang lebih selaras.

Pada masa sama, Loke menegaskan perpaduan dan disiplin parti kekal penting dalam mengekalkan kepercayaan rakyat terhadap DAP di Pulau Pinang.

“Kita berada dalam kedudukan yang selesa dengan rekod pentadbiran yang baik, tetapi jangan leka.”

“Pengundi paling tidak suka kalau parti berpecah. Kekuatan DAP Pulau Pinang bergantung pada kesatuan dan perpaduan,” katanya.

Beliau turut menyeru semua ahli menghormati keputusan pemilihan parti tahun lepas serta memberi sokongan kepada Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim.

Sim mengambil alih jawatan itu daripada Ketua Menteri Chow Kon Yeow selepas beliau tidak bertanding.

Pada PRN Pulau Pinang 2023, gabungan Pakatan Harapan-Barisan Nasional memenangi 29 daripada 40 kerusi yang dipertandingkan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Vingroup Signs Strategic Cooperation with The Government of Uzbekistan, Opening Large-Scale Investment Opportunities in Central Asia

HANOI, VIETNAM - Media OutReach Newswire – 25 December 2025 - Vingroup announced the signing of a Memorandum of Understanding (MOU) with the Ministry of Investment, Industry and Trade of the Republic of Uzbekistan to promote cooperation and implement multi-sector projects in Uzbekistan.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories