the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, December 26, 2025
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Malaysia raih Perak triples campuran junior di Kejohanan Petanque Asia

Pasukan Malaysia A tewas 13-2 kepada Thailand dalam final triples campuran junior, lengkapkan koleksi dengan 2 perak dan 3 gangsa

KUALA LUMPUR: Malaysia menutup tirai Kejohanan Petanque Asia kali keenam dengan merangkul pingat perak dalam acara triples campuran junior di Arena Petanque Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Pasukan Malaysia A yang terdiri daripada Muhammad Aidil Zakri Junaidi, Muhammad Arsyad Muhammad Tajuddin, Nur Erissya Najwa Mohd Helmey dan Siti Noor Ellyshatul Balqish Suhaimi tewas kepada Thailand A yang dibarisi Suekam Panadda, Nilnangngam Thanyalak, Saharat Aramrod dan Titthiwarakorn dengan keputusan 13-2 pada aksi final.

Muhammad Arsyad mengakui prestasi hari ini kurang memberangsangkan berbanding kejayaan menewaskan Taiwan 13-9 pada aksi separuh akhir semalam.

“Memang kecewa tidak dapat menang kerana kami hanya selangkah lagi untuk meraih emas. Kami telah cuba yang terbaik, namun apa yang dirancang tidak menjadi dan pihak lawan juga bermain dengan sangat baik,” katanya kepada pemberita.

Walaupun gagal membawa pulang emas, jurulatih pasukan junior kebangsaan, Mohamad Nuzul Azwan Ahmad Temizi, berkata pencapaian anak buahnya tetap membanggakan memandangkan skuad itu baharu ditubuhkan pada Julai lepas.

“Persiapan hanya mengambil masa dua bulan dan latihan penuh tidak dapat dijalankan, kebanyakannya dilakukan secara dalam talian. Malah, pasukan Thailand mempunyai seorang pemain yang merupakan juara dunia remaja (Saharat) dan mempunyai banyak pengalaman antarabangsa,” katanya.

Selain perak dalam acara triples campuran junior, Malaysia turut meraih dua lagi perak bagi acara precision shooting wanita dan wanita junior, serta tiga gangsa dalam acara triples lelaki dan wanita, selain precision shooting lelaki pada kejohanan empat hari bermula Khamis lepas. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Vingroup Signs Strategic Cooperation with The Government of Uzbekistan, Opening Large-Scale Investment Opportunities in Central Asia

HANOI, VIETNAM - Media OutReach Newswire – 25 December 2025 - Vingroup announced the signing of a Memorandum of Understanding (MOU) with the Ministry of Investment, Industry and Trade of the Republic of Uzbekistan to promote cooperation and implement multi-sector projects in Uzbekistan.

Most Viewed

NRES advances green digital agenda with CNCS certification from Starza, ICT Zone

The Ministry of Natural Resources and Environmental Sustainability (NRES) has strengthened its sustainability and digital governance agenda with the receipt of a Carbon Neutral Computing Services (CNCS) certificate, offsetting 130.04 tonnes of CO₂e from 441 ICT assets. Delivered through a public–private collaboration with Starza Corporation Sdn Bhd, ICT Zone Asia Bhd and HP, the initiative demonstrates how carbon-neutral ICT deployment can support Malaysia’s Net Zero 2050 aspirations while providing a scalable model for sustainable digital transformation across the public sector.
spot_img

Popular Categories