Monday, November 10, 2025
25.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hospital Tawau diperkukuh ke arah taraf Hospital Negeri menjelang 2030

Hospital Tawau diperkukuh ke taraf Hospital Negeri Kategori 1 menjelang 2030 dengan blok baharu RM223.65 juta tambah 154 katil

TAWAU: Keupayaan Hospital Tawau akan terus diperkukuh untuk mencapai taraf Hospital Negeri Kategori 1 (ACE) menjelang 2030.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata hospital itu kini sudah menawarkan pelbagai perkhidmatan kepakaran klinikal termasuk kardiologi, rekonstruktif plastik dan geriatrik.

“Kementerian Kesihatan akan memastikan penambahan sumber manusia kritikal dari semasa ke semasa bagi membolehkan perkhidmatan perubatan yang lebih efisien dan selamat,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran blok bangunan baharu Hospital Tawau.

Pelancaran blok baharu itu disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dzulkefly berkata pelancaran blok baharu merupakan pencapaian penting dalam memperkukuh sistem kesihatan untuk rakyat Sabah khususnya di bahagian pantai timur.

“Tawau adalah wilayah strategik yang memainkan peranan penting dalam menyokong perkhidmatan kesihatan bagi daerah sekitar seperti Semporna, Kunak dan Lahad Datu,” katanya.

“Pewujudan blok baharu ini langkah penting untuk meningkatkan kapasiti rawatan, di samping memastikan rakyat di kawasan luar bandar mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan yang lebih baik, dekat dan selesa.”

Blok bangunan baharu tersebut merupakan projek di bawah Rolling Plan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) yang berjaya disempurnakan oleh Kerajaan MADANI.

Dengan pelaburan sebanyak RM223.65 juta yang dibiayai kerajaan Persekutuan, blok baharu itu menambah 154 katil, menjadikan jumlah keseluruhan 585 katil rasmi di Hospital Tawau.

Kehadiran Perdana Menteri merasmikan blok bangunan baharu Hospital Tawau membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan pembangunan negara dilaksanakan secara saksama antara wilayah.

“Inilah makna tadbir urus berasaskan hasil (outcome-based governance), iaitu setiap Ringgit yang dibelanjakan memberi pulangan nyata kepada kesejahteraan rakyat,” katanya. – Bernama

Related

spot_img

Latest

MEXC’s risk control, anti-fraud, and asset freeze measures: Building the security firewall for crypto users

In response to the rising wave of crypto scams and hacking losses, MEXC has implemented a comprehensive security framework combining AI-powered risk control, real-time fraud detection, and transparent asset freeze protocols. These measures not only protect users from manipulation and fund leakage but also redefine how trust and safety are built in the global crypto trading landscape.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories