the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
31.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Covid: Khairy ajak ahli farmasi bimbing rakyat Malaysia ke fasa endemik

KUALA LUMPUR: Ahli farmasi komuniti diajak untuk bersama-sama kerajaan, belajar dari satu sama lain dan membimbing rakyat Malaysia, memasuki fasa endemik pada ketika negara bersiap sedia untuk hidup bersama virus Covid-19.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin(gambar) berkata, ahli farmasi komuniti itu amat penting dalam peperangan menentang Covid-19, kerana mereka merupakan titik penjagaan utama dan penjaga kepada sistem kesihatan negara.

“Andalah berada di barisan hadapan…pada ketika doktor dan hospital – mereka di barisan hadapan penjagaan kesihatan dalam keadaan terbeban – barisan berikutnya perlu bertindak, dan mereka ini adalah ahli farmasi komuniti kita.

“Sebagai profesional penjagaan kesihatan, ahli farmasi mempunyai tugas penting bukan sahaja pada waktu pandemik, tetapi selama bertahun-tahun, terlibat secara langsung dengan komuniti, berterusan menjaga pesakit…kita boleh bekerja bersama dalam bidang seperti rawatan pencegahan dan mendidik masyarakat, bukan sahaja mengenai penyakit tetapi penjagaan kesihatan,” katanya.

Khairy berkata demikian ketika merasmikan webinar bertajuk ‘Reinvent Pharmacy Biz: Adapt Beyond the Crisis’ anjuran Persatuan Farmasi Komuniti Malaysia (MCPG) bersempena sambutan Hari Ahli Farmasi Sedunia hari ini.

Khairy berkata kit ujian kendiri merupakan satu lagi tugas penting ahli farmasi komuniti bersama faksiliti penjagaan kesihatan lain, di mana farmasi merupakan saluran yang betul bagi membeli kit ujian kendiri.

Beliau berkata ahli farmasi komuniti boleh mendidik orang ramai cara penggunaan kit ujian kendiri, cara penyimpanan dan pembuangannya, selain memberikan kaunseling sebaik keputusan didapati dan malah memberikan pandangan berkaitan perbezaan yang ada antara jenama.

“Kementerian amat mengalu-alukan penglibatan MCPG untuk terlibat dan meningkatkan sistem penjagaan kesihatan kita dan kami komited untuk melihat bagaimana profesion ini terus berkembang dan terus maju dalam bidang ini.

“Seperti yang bersesuaian dengan program ini, kita kini perlu menyesuaikannya dan melihat lebih daripada krisis Covid-19 terhadap kesemua aspek penjagaan kesihatan. Tentunya, terdapat banyak perkara yang boleh kita lakukan bersama,” katanya.

Khairy turut memuji MCPG sebagai satu komuniti proaktif kerana bertindak untuk bersedia, melatih dan melengkapkan ahli-ahlinya bagi menghadapi kemungkinan peningkatan atau varian baharu, termasuk menganjurkan progam latian vaksinasi awal tahun ini. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

BN blends experience and new faces for Johor polls

Barisan Nasional’s mix of veteran leaders and fresh candidates for the Johor state election is the best formula for governing complex challenges, says Mohamed Khaled.

Bank of China (Hong Kong) x Television Broadcasts Limited (“TVB”) “Wealth Management Expo 2026”...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 27 June 2026 - The "Wealth Management Expo 2026", powered by Bank of China (Hong Kong) ("BOCHK") and organised by TVB under the theme of "Empowering Enterprises to Go Global, Pioneering the Blue Ocean of Silver Economy", was successfully held today.

Vinmec Launches Vietnam’s First Integrated High-Tech Robotic Surgery Network, Establishing the Country’s First Multi-Connected...

HANOI, VIETNAM - Media OutReach Newswire – 27 June 2026 - Vinmec Healthcare System today officially launched its nationwide network of High-Tech Robotic Surgery Centers, marking a major milestone in the advancement of surgical innovation in Vietnam.

Flash Sports & Media, Inc. Unveils Plan to Build the Next Tier of T20...

Tampa, Florida - Newsfile Corp. - June 26, 2026 - Flash Sports & Media, Inc. (NASDAQ: FLZH), a sports media and content company focused on the global cricket industry, today announced the release of its 2026 Investor Presentation filed with the U.S. Securities and Exchange Commission on Form 8-K, outlining the Company's strategic vision to build the first vertically integrated, multi-market T20 cricket platform on a public exchange.

OneGrowth 2026: Shared AI Token Era Ahead China Telecom Global Partner Conference Held

On June 25, 2026, the China Telecom Global Partner Conference convened in Shanghai. Centered on the theme of "OneGrowth 2026: Shared AI Token Era Ahead," the event brought together leading global telcos, key ecosystem partners, and prominent clients from both domestic and international markets.

Hong Kong celebrates surge of global enterprises driving investment and opportunities

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 26 June 2026 – More than 380 representatives of global enterprises joined a welcome reception yesterday (June 25) for 413 newly arrived or expanded overseas and Chinese Mainland companies in Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings