the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, January 13, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Isu keselamatan tidak wajar dipolitikkan pada PRN Sabah – Mohamed Khaled

Menteri Pertahanan ingatkan isu keselamatan negara tidak patut dipolitikkan dalam PRN Sabah demi kepentingan bersama dan kelancaran tugas ATM

KENINGAU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan bahawa kerajaan tidak menipu rakyat Sabah berhubung isu pemberian khas 40 peratus hasil Sabah, sebaliknya komited menyelesaikannya secara telus dan menyeluruh.

Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), mengulangi komitmen Kerajaan Persekutuan untuk tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mengenai hak 40 peratus itu.

Beliau berkata isu tersebut bagaimanapun telah dipolitikkan pihak lawan, khususnya pembangkang, sebagai bahan kempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

“Pembangkang kata kerajaan buat rayuan, maknanya ia tidak betul. Pilihan raya bukan tempat untuk menipu. Ada parti yang sebelum ini berada dalam kerajaan, dalam kabinet, pun tahu bahawa apa yang kita rayu hanyalah berhubung alasan penghakiman.

“Kita tidak merayu mengenai 40 peratus. Peguam Negara juga telah menjelaskan bahawa tiada rayuan terhadap isu ini.

Saya sendiri menyebut di Parlimen bahawa kerajaan tidak akan merayu mengenai 40 peratus hasil Sabah,” katanya ketika berucap pada Program Ramah Mesra PM Sayang Sabah Bersama Pimpinan Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tulid di Padang Kampung Menawo Ulu, di sini.- Bernama

Related

spot_img

Latest

HDBank completes issuance of US$100 million green bonds to international investors

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Ho Chi Minh City Development Commercial Bank (HDBank, ticker symbol: HDB) has successfully issued a second tranche of international green bonds worth US$50 million to the Dutch Entrepreneurial Development Bank (FMO) and British International Investment (BII), the UK's development finance institution and impact investor, completing its $100 million international green bond initiative in 2025.

Hang Lung Enters the Next Phase in Its Sustainability Journey with Ambitious New Targets

HONG KONG SAR and SHANGHAI, CHINA - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Hang Lung Properties Limited (SEHK stock code: 00101) ("Hang Lung" or the "Company") today announces a new phase in its sustainability journey, unveiling 20 refreshed 2030 targets that build on its success in achieving its 25 x 25 Sustainability Targets.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories