the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, November 26, 2025
24.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Masidi Manjun tekankan latihan semula dan kemahiran anak muda Karanaan

Calon GRS Karanaan Datuk Seri Masidi Manjun tekankan kepentingan latihan semula anak muda, infrastruktur jalan dan pelancongan dalam PRN Sabah.

RANAU: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Karanaan Datuk Seri Masidi Manjun menekankan kepentingan memperkukuh kemahiran anak muda melalui program latihan semula.

Penyandang kerusi itu sejak 2004 berkata landskap ekonomi dan peluang pekerjaan hari ini jauh berbeza berbanding sedekad lepas.

“Dunia sudah berubah, 10 tahun lepas mudah untuk cari kerja, tetapi sekarang pasaran kerja sangat kompetitif, jadi saya mahu beri penekanan kepada reskilling supaya anak muda kita dapat meningkatkan kebolehpasaran mereka,” katanya.

Masidi berkata tidak semua anak muda mahu menjadi petani atau kekal tinggal di Ranau.

Penghijrahan tanpa kemahiran yang diperlukan hanya akan menyukarkan mereka untuk mendapatkan pekerjaan.

Beliau turut menekankan keperluan menambah baik infrastruktur asas khususnya rangkaian jalan raya ke kawasan pertanian dan kampung terpencil.

“Jalan raya penting untuk memasarkan hasil tani kerana kalau produk sukar sampai ke pasaran, usaha mereka sia-sia dan kemiskinan akan berterusan,” katanya.

Selain sektor pertanian, Masidi melihat potensi besar dalam industri pelancongan di Kundasang dan sekitarnya.

Beliau berharap pembangunan produk berkualiti mampu menarik pelancong berbelanja tinggi melalui peningkatan inap desa.

Masidi turut berharap kempen Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 dapat berlangsung secara harmoni.

Beliau mengingatkan sensitiviti masyarakat tempatan perlu dihormati terutamanya oleh jentera parti dari luar Sabah.

“Orang Ranau terkenal lemah lembut. Kita alu-alukan semua petugas kempen, termasuk dari Semenanjung, tetapi mereka perlu menyesuaikan diri dengan budaya tempatan,” katanya.

Masidi menegaskan perbezaan politik tidak seharusnya menggugat perpaduan masyarakat Ranau.

“Berhabislah kempen, tetapi jangan lupa akhirnya kita semua orang Malaysia, orang Sabah,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan Sabtu ini sebagai hari pengundian bagi PRN Sabah ke-17. – Bernama

Related

spot_img

Latest

How the war in Ukraine will end

Ukraine's arms imports surge 100-fold amid corruption concerns, with US positioned to dominate post-war reconstruction and European defence contracts.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories