the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, October 13, 2026
28 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua remaja perempuan maut digilis lori selepas terjatuh motosikal

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

Dua pelajar perempuan 15 tahun maut digilis lori selepas terjatuh motosikal di Jalan Kuala Kangsar dekat Tasek, Ipoh tengah hari tadi.

IPOH: Dua pelajar perempuan tingkatan tiga maut digilis lori selepas terjatuh daripada motosikal yang dinaiki mereka di Jalan Kuala Kangsar dekat Tasek di sini.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata kejadian berlaku pada 12.57 tengah hari itu melibatkan Nur Aleesya Alya Mohd Hasrizal dan Nur Alisa Maisara Aidil Azhar, kedua-duanya berusia 15 tahun.

Mangsa sedang menunggang motosikal dari Klebang menghala ke arah Ipoh ketika tiba di tempat kejadian.

“Motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan menyebabkan keduanya terjatuh ke atas permukaan jalan di lorong sebelah,” katanya.

Sebuah lori yang sedang bergerak di laluan sama tidak sempat mengelak lalu menggilis kedua mangsa yang berada di atas jalan.

Motosikal yang ditunggang mangsa menggelongsor dan terperosok masuk ke bawah sebuah lagi lori yang sedang berhenti di lorong kanan.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kedua-dua lori tidak mengalami kecederaan.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

MOH plans separate quota for permanent dental, pharmacy officers

The Ministry of Health (MOH) will recommend absorbing contract dental and pharmacy officers into permanent positions for the consideration of the Ministry of Finance and the Cabinet, in an effort to ensure the future and welfare of these groups are safeguarded.

Most Viewed

spot_img