the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, February 1, 2026
26.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Polis sahkan kes tembak maut di Klang Selatan

Polis Selangor siasat kes tembak maut di Taman Mesra Indah, Klang Selatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, motif masih disiasat

KLANG SELATAN: Polis Selangor mengesahkan menerima maklumat berhubung kejadian tembak di kawasan Taman Mesra Indah di sini malam semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan menerima maklumat pada 8.35 malam semalam.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dengan motif kejadian masih dalam peringkat siasatan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan.

Mereka boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah ASP Mohd Harman Mohd Haniff menerusi talian 019-2100334.

Panggilan juga boleh dibuat ke Bilik Gerakan IPD Klang Selatan melalui talian 03-33762222.

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki ditemukan maut dalam sebuah pacuan empat roda oleh orang awam.

Lelaki itu dipercayai ditembak di Taman Mesra Indah malam semalam.

Dalam video yang tular di media sosial, lelaki berkenaan ditemukan di bahagian tempat duduk kenderaan tersebut. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Penang MACC expands probe into alleged zakat land purchase

The anti-graft agency will call more individuals for questioning over claims a senior official used tithe funds for a land deal, as the state pledges non-interference.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories