the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 1, 2025
26.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

SPRM serah senarai rampasan barang Albert Tei, ditandatangani sendiri

SPRM serahkan senarai barang rampasan milik Albert Tei, termasuk telefon dan iPad, yang ditandatangani beliau, nafi dakwaan rampasan tidak sah

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerahkan senarai barangan yang dirampas milik Albert Tei Jiann Cheing pada hari beliau ditahan.

Dokumen Senarai Penyitaan Harta Alih itu turut ditandatangani sendiri oleh ahli perniagaan berkenaan.

Bahagian Komunikasi Strategik SPRM memaklumkan barangan terbabit telah diserahkan oleh Tei kepada pegawai agensi itu.

Satu salinan dokumen di bawah Seksyen 33 Akta SPRM 2009 diberikan kepada Tei pada 28 November lepas.

Antara barangan yang disita ialah telefon bimbit, iPad dan perakam video digital yang merupakan bahan bukti.

“SPRM menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tanpa asas bahawa pegawai SPRM telah merampas barang-barang Tei tanpa mengikut prosedur.

“SPRM sentiasa melaksanakan tugas mengikut peruntukan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan dalam bidang kuasa,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu merujuk kepada laporan portal berita yang mendakwa SPRM merampas barangan Tei secara tidak sah.

Peguam yang mewakili isteri Tei mendakwa SPRM telah merampas barangan suaminya secara tidak sah.

Peguam itu memberi tempoh tiga hari hingga Rabu ini kepada SPRM untuk mengeluarkan inventori harta yang dirampas.

Tei ditahan di rumahnya di Puchong pada Jumaat lepas bagi membantu siasatan SPRM.

Siasatan itu berhubung dakwaan pemberian rasuah kepada bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Dakwaan itu adalah bagi mendapatkan semula wang yang diberikan kepada beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri di Sabah. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

KL police to review SOPs after health club raid

KL police will review SOPs after a raid on a health club linked to immoral activities, aiming to ensure evidence is admissible and investigations proceed effectively.
spot_img

Popular Categories