the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, December 3, 2025
25.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPKT teliti mikrocip untuk pendaftaran digital anjing peliharaan

KPKT sedang meneliti sistem pendaftaran digital anjing peliharaan menggunakan mikrocip untuk pemantauan data pemilikan dan status haiwan.

KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang meneliti pelaksanaan sistem pendaftaran digital bersepadu bagi anjing peliharaan melalui penggunaan teknologi mikrocip.

Timbalan Menterinya, Datuk Aiman Athirah Sabu, berkata teknologi yang diterajui Jabatan Perkhidmatan Veterinar itu bertujuan merekodkan data pemilikan dan status anjing.

“Ini membolehkan semua data pemilikan dan status anjing, termasuk pemilik serta rekod pelesenan, vaksinasi, pemandulan dan pemantauan, dapat dipantau dari semasa ke semasa,” katanya di Dewan Negara.

BACA: Lebih 278,000 haiwan divaksin dalam usaha Sarawak perangi rabies

Beliau menjawab soalan Senator Che Alias Hamid mengenai kewajipan mikrocip untuk kawalan pembiakan dan kuasa jelas kepada PBT untuk kawal populasi anjing liar.

Kaedah tangkapan, tuntutan semula, adopsi atau penyerahan kepada NGO serta pelupusan merupakan amalan terbaik di kebanyakan negara bagi mengekang populasi anjing terbiar.

KPKT telah menyalurkan peruntukan RM180,000 pada tahun lepas dan RM130,000 tahun ini kepada PBT yang terlibat bagi menyokong Kempen Pengurusan Anjing Terbiar.

Kempen itu bertujuan memperkasa kesedaran masyarakat dan memupuk sikap pemilikan haiwan yang bertanggungjawab.

Sebanyak 37,538 aduan gangguan daripada anjing terbiar telah diterima pada tahun lalu.

Sebanyak 15,815 operasi dilaksanakan dan 66,264 ekor anjing terbiar berjaya ditangkap dalam operasi bersepadu.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 19,354 ekor anjing telah diserahkan kepada JPV, dituntut semula oleh pemilik dan diadopsi melalui program anjing angkat.

Latihan turut diberikan kepada anggota PBT yang terlibat dalam operasi penangkapan anjing terbiar.

Latihan itu meliputi penggunaan peralatan secara beretika, kaedah tangkapan selamat, serta pematuhan kepada kebajikan haiwan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

ABIM urges stronger rights and empathy for persons with disabilities

ABIM proposes six measures to enhance PWD rights in Malaysia, focusing on empathy, employment, education and infrastructure ahead of International Day of Persons with Disabilities.
spot_img

Popular Categories