the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, December 4, 2025
26.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

AI dijangka sumbang tambahan sehingga 1.2% kepada KDNK Malaysia

Sektor AI dijangka sumbang RM13-20 bilion setahun kepada KDNK Malaysia menjelang 2030 dan cipta 300,000-500,000 pekerjaan berkemahiran tinggi

KUALA LUMPUR: Sektor kecerdasan buatan (AI) dijangka menyumbang tambahan antara 0.8% hingga 1.2% kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2030.

Nilai sumbangan itu dianggarkan antara RM13 bilion hingga RM20 bilion setahun.

Sektor itu juga berpotensi mewujudkan antara 300,000 hingga 500,000 peluang pekerjaan baharu berkemahiran tinggi dalam tempoh yang sama.

Kementerian Digital dalam jawapan bertulis di portal Parlimen berkata Malaysia berhasrat berkembang daripada pengguna kepada pengeluar teknologi AI.

Fokus akan diberikan kepada pembangunan produk dan perkhidmatan bernilai tambah bertemakan Buatan Malaysia.

Jawapan itu diberikan bagi menjawab soalan berkenaan potensi hasil negara daripada industri teknologi baharu seperti AI, pusat data, roket dan komputer kuantum.

Dalam perkembangan sama, kementerian itu menyatakan Malaysia berpotensi memperoleh manfaat besar daripada pasaran komputer kuantum global.

Pasaran itu dijangka mencecah USD 125 bilion menjelang 2030 dengan kadar pertumbuhan tahunan 36.89%.

Pasaran ini turut berpotensi meningkatkan KDNK, menarik pelaburan asing dan mencipta peluang pekerjaan khusus.

“Setiap USD 1 dilaburkan dalam teknologi kuantum dijangka menghasilkan USD 3 dalam pulangan ekonomi,” tambah kementerian itu.

Ia juga dijangka membantu mengatasi jurang kemahiran dan mengurangkan migrasi pakar tempatan ke luar negara. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories