the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pelan transformasi ST pacu pengawal selia tenaga moden dan berimpak tinggi

ST rangka pelan transformasi komprehensif untuk menjadi pengawal selia tenaga moden, responsif dan berimpak tinggi, fokus enam tema strategik

KUALA LUMPUR: Pelan Transformasi Suruhanjaya Tenaga (ST) berfungsi sebagai panduan menyeluruh dirangka bagi memperkukuh kedudukan suruhanjaya itu sebagai pengawal selia tenaga yang moden, responsif dan berimpak tinggi, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Beliau berkata pelan berkenaan memberi tumpuan kepada enam tema strategik iaitu tadbir urus, struktur organisasi, pendigitalan, pembangunan keupayaan, libat urus pemegang taruh dan kelestarian kewangan.

Menurut beliau, pelaksanaannya adalah secara berfasa, bermula dengan pembinaan asas kukuh dan pencapaian awal, diikuti fasa mempercepatkan pelaksanaan serta pengukuhan struktur dan budaya baharu, sebelum menilai hasil bagi penetapan hala tuju masa depan.

“Langkah utama termasuk menubuhkan pasukan transformasi khusus, menaik taraf sistem digital, meningkatkan semula kemahiran kakitangan serta melantik “Ejen Perubahan” sebagai perunding dalaman bagi menggerakkan setiap tema.

“Pelan ini menekankan komunikasi telus, pengurusan perubahan yang inklusif dan pengukuran prestasi secara berterusan,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada forum Energy Regulatory Insights (ERI) 2025 di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Seri Mad Zaidi Mohd Karli dan Ketua Pegawai Eksekutif ST Siti Safinah Salleh.

Menurut Shamsul Azri, transformasi itu akan mengubah ST daripada pengawal selia tradisional kepada sebuah institusi moden yang fleksibel, dengan fokus pada pengawalan ekonomi dan kerjasama strategik dengan pemegang taruh bagi memastikan organisasi terus kukuh, dipercayai dan berkesan dalam persekitaran tenaga yang sentiasa berubah.

Shamsul Azri berkata pendekatan transformasi ST dipandu Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA), sebuah rangka kerja keseluruhan kerajaan yang disusun berdasarkan lima teras reformasi dan 20 strategi meningkatkan integriti, keupayaan, ketangkasan organisasi, penyampaian perkhidmatan berorientasikan rakyat serta kolaborasi merentas sektor.

Mengenai forum ERI, beliau berkata dengan lebih 600 peserta mewakili pembuat dasar, pengawal selia, utiliti, pemaju, penyedia pembiayaan, penyelidik dan pengguna, forum itu menekankan keperluan bagi keseragaman pengawalseliaan dan kerjasama merentas sektor.

“Saya menyeru setiap peserta untuk menukarkan pengetahuan diperoleh kepada tindakan, menyertai sandbox, komited terhadap perolehan yang telus, melabur dalam latihan tenaga kerja dan bersama-sama mereka bentuk piawaian boleh dilaksanakan dengan pantas,” katanya.

Sementara itu, Akmal Nasrullah berkata forum berkenaan berfungsi sebagai platform utama untuk dialog strategik dan kerjasama merentas ekosistem tenaga, bagi memastikan negara bergerak secara boleh dipercayai, lestari dan adil dalam agenda peralihan.

Beliau berkata dasar kerajaan, termasuk Pelan Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), menjadi teras utama peralihan tenaga Malaysia, disookong sasaran boleh diukur dan inisiatif oerpasi seperti Skim Bekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS) serta Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga (EECA).

Akmal Nasrullah berkata peranan ST dalam memastikan kejelasan pengawalseliaan, mempercepatkan pelaburan, melindungi pengguna dan memacu inovasi melalui mekanisme seperti regulatory sandbox dan meter digital, yang bertujuan memperkukuh keselamatan tenaga serta menyokong pembangunan sektor berkenaan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings