the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, February 4, 2026
21.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Perhilitan Perak pasang perangkap, tambah kamera jejak harimau

Perhilitan Perak pasang perangkap dan dua kamera jejak di Bukit Bangkong, Chemor, susulan serangan harimau yang bunuh lembu ternakan penduduk.

IPOH: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak telah memasang sebuah perangkap dan menambah dua kamera jejak di Bukit Bangkong, Chemor.

Langkah itu diambil susulan serangan harimau di kawasan itu pada 5 Disember lepas yang mengakibatkan kematian dua ekor lembu dan kehilangan lima ekor lagi.

Ketua Unit Konservasi Harimau Malaya Perak, Marina Yusof, berkata lokasi pemasangan dipilih berdekatan dengan kesan tapak kaki pemangsa yang ditemui sebelum ini.

“Lokasi pemasangan perangkap dan dua kamera ini dipilih berdekatan dengan kesan tapak kaki yang kita temui sebelum ini,” katanya di Bukit Bangkong.

Seramai 10 kakitangan Perhilitan Perak kini mengawasi kawasan itu bagi memastikan tiada perkara di luar jangkaan berlaku.

Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad, turut meninjau kawasan tersebut dan meminta penduduk berhati-hati.

Beliau meminta penduduk menghentikan sebarang aktiviti rekreasi di sekitar kawasan terbabit bagi memudahkan usaha menangkap harimau.

“Saya minta penduduk di kawasan ini sentiasa mendengar nasihat daripada Perhilitan Perak dan jangan suka-suka masuk kawasan ini tanpa kebenaran,” katanya.

Beliau percaya Perhilitan Perak akan dapat mengawal situasi dan menangkap haiwan itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Macron prepares to resume dialogue with Putin

French President Emmanuel Macron says technical preparations are under way to restart contact with Russia's Vladimir Putin, but notes Moscow shows no real willingness for peace.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories