the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, October 13, 2026
28 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kutipan hasil Selangor lampau sasaran, capai RM2.7 bilion

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

Kutipan hasil negeri Selangor telah melepasi sasaran awal RM2.3 bilion, mencecah RM2.7 bilion setakat ini, kata Menteri Besar.

SHAH ALAM: Kutipan hasil negeri Selangor telah mencecah RM2.7 bilion setakat ini, melepasi sasaran awal tahun sebanyak RM2.3 bilion.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata prestasi cemerlang itu adalah hasil kerja tersusun keseluruhan pasukan di pelbagai peringkat.

“Alhamdulillah, kita telah melepasi sasaran,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Dana Kepada Masjid dan Surau Selangor.

Beliau berkata kerajaan negeri menunggu sehingga 31 Disember untuk melihat jumlah kutipan akhir yang dijangka lebih baik.

“Kita sudah pasti lebih daripada RM2.7 bilion, tapi saya tak nak sebutlah angkanya sebab ada lagi bayaran-bayaran yang sedang ditunggu untuk urusan tanah,” jelasnya.

Ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2026 pada 14 November lalu, Amirudin memaklumkan kutipan hasil negeri telah mencecah RM2.49 bilion setakat 13 November 2025.

Jumlah itu merupakan peningkatan lebih 106% berbanding anggaran awal tahun penuh sebanyak RM2.35 bilion.

Kerajaan negeri yakin jumlah kutipan boleh mencapai lebih RM2.7 bilion pada akhir 2025.

Mengulas cadangan menaikkan bantuan tunai kepada mangsa banjir, Amirudin berkata fokus kerajaan adalah mengelak bencana dengan memastikan projek tebatan banjir dilaksana secepat mungkin.

“Apa yang berlaku di Hulu Langat sebagai contoh, itu kerana Projek Tebatan Banjir Sungai Langat Fasa Dua yang belum siap,” katanya.

Beliau memaklumkan projek tersebut masih di peringkat reka bentuk dan belum bermula di tapak.

Dalam majlis itu, sebanyak 20 masjid dan surau di Selangor menerima sumbangan berjumlah RM2.47 juta.

Peruntukan kepada 11 masjid dan sembilan surau itu disalurkan menerusi Kumpulan Wang Amanah Bantuan Dana Pembinaan dan Penyelenggaraan Masjid dan Institusi Islam Selangor.

Dana itu akan digunakan untuk kerja pembaikan struktur bangunan dan penaiktarafan kemudahan sedia ada.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Climate pledges must translate into decisions and action – Sultan Nazrin

Climate change is already disrupting livelihoods across Asia, with shifting monsoons, warming seas and recurring heat threatening farmers, fishing communities and outdoor workers, Sultan of Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah said.

RM50m threshold risks penalising businesses that grow, says economist

Malaysia’s plan to exempt businesses with annual sales below RM50 million from the RM2,000 minimum wage could discourage expansion and investment, undermining efforts to raise productivity, an economist has warned.

Most Viewed

spot_img