the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 15, 2025
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Johor umum cuti peristiwa hari ini selepas JDT juarai Piala FA 2025

Kerajaan Johor isytihar cuti khas hari ini sempena kejayaan JDT menewaskan Sabah FC 5-0 untuk merangkul Piala FA 2025 buat kali keempat berturut-turut

JOHOR BAHRU: Kerajaan Negeri Johor mengisytiharkan hari ini sebagai cuti khas peristiwa bagi seluruh negeri itu sempena kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala FA 2025.

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata pengisytiharan itu dibuat bagi menjunjung titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.

“Bagaimanapun, peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijadualkan berlangsung pada esok akan diteruskan seperti biasa,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

JDT menewaskan Sabah FC 5-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Kejayaan itu menjadikan JDT pasukan pertama merangkul trofi Piala FA buat kali keempat berturut-turut.

Onn Hafiz berkata kejayaan itu membuktikan keunggulan dan konsistensi JDT sebagai kuasa utama bola sepak negara.

Beliau merakamkan penghargaan kepada Tunku Mahkota Ismail atas kepimpinan dan usaha berterusan memartabatkan bola sepak Johor.

Penghargaan turut dizahirkan kepada seluruh Bangsa Johor yang memberikan sokongan padu kepada JDT. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories