the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 16, 2025
21.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis masih kesan suspek kes tembak, tikam anggota di Simpang Pulai

Polis Perak teruskan usaha kesan suspek kes tembak dan tikam anggota di Simpang Pulai, yang dipercayai kini berada di luar negara

IPOH: Polis masih giat mengesan suspek yang dipercayai terlibat dalam kes menembak dan menikam seorang anggota di Simpang Pulai.

Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata suspek terbabit dipercayai kini berada di luar negara.

Usaha mengesan individu berkenaan sedang dijalankan secara berterusan dengan kerjasama Bukit Aman serta beberapa agensi berkaitan.

“Siasatan terhadap kes berkenaan masih diteruskan dan polis tidak menolak sebarang kemungkinan bagi menjejaki suspek yang kini dalam tindakan pihak berkuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Advokasi Kesedaran Keselamatan Jalan Raya (OPS Kerja) Tahun 2025 di Unisem Ipoh.

Dalam perkembangan sama, Noor Hisam berkata anggota polis yang cedera telah dipindahkan semula ke negeri kelahirannya di Sarawak atas faktor kebajikan.

Pemindahan itu bagi memudahkan rawatan susulan ke atas anggota berkenaan.

“Pihak polis akan terus komited menjalankan siasatan sehingga suspek berjaya dikesan dan dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad dilaporkan berkata pihaknya mendapatkan bantuan Interpol bagi mengesan suspek.

Dalam kejadian itu, seorang polis berusia 26 tahun dari Balai Polis Simpang Pulai terkena tembakan pada bahagian perut dan tikaman pisau.

Kecederaan itu berlaku semasa anggota tersebut bergelut dengan suspek. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Hong Kong High Court Convicts Lai Chee-Ying of Collusion to Endanger National Security

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 15 December 2025 - The Court of First Instance of the High Court of the Hong Kong Special Administrative Region (HKSAR) today (December 15) convicted Lai Chee-ying and three associated companies (Apple Daily Limited, Apple Daily Printing Limited, and AD Internet Limited) in a case involving a total of three charges of offences endangering national security.

VinFast officially inaugurates electric vehicle plant in Subang, Indonesia

SUBANG, INDONESIA - Media OutReach Newswire - 15 December 2025 - VinFast officially inaugurated its electric vehicle facility in Subang, West Java, marking a defining milestone in the Company's strategy to expand its global production network and deepen its long-term commitment to Indonesia.
spot_img

Popular Categories