the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, December 17, 2025
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPDN WPKL lupus barang kes bernilai RM4.5 juta dalam 2 tahun

KPDN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melupuskan lebih RM4.5 juta barang kes haram, halang barangan tiruan dan tidak selamat kembali ke pasaran.

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) telah melupuskan barang kes bernilai lebih RM4.5 juta dalam tempoh dua tahun.

Pelupusan dari Januari 2024 hingga Disember 2025 itu melibatkan 309 kes di bawah pelbagai akta penguatkuasaan.

Pengarah KPDN WPKL Mohd Sabri Seman berkata ia dikategorikan sebagai Pelupusan Mega KPDN Kuala Lumpur 2025 memandangkan nilai tertinggi dicatatkan dalam tempoh dua tahun.

“Pelupusan ini mencerminkan komitmen berterusan KPDN WPKL dalam membersihkan dan menguruskan barang kes eksibit berlandaskan proses perundangan serta integriti,” katanya.

Beliau menekankan langkah itu memastikan barangan yang tidak mematuhi undang-undang tidak kembali ke pasaran.

Kes-kes tersebut melibatkan Akta Cap Dagangan 2019, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, Akta Perihal Dagangan 2011 serta Akta Perlindungan Pengguna 1999.

Barangan yang dilupuskan termasuk pakaian, aksesori fesyen, komponen elektronik dan produk kesihatan serta kecantikan.

Produk pembersihan rumah dan alat ganti kenderaan seperti minyak enjin serta penapis turut dilupuskan.

Mohd Sabri berkata tindakan itu memberi manfaat besar dengan menghalang barangan haram kembali ke pasaran.

Ia juga meningkatkan kesedaran pengguna terhadap hak dan keselamatan mereka.

“Tindakan itu turut melindungi alam sekitar melalui kaedah pelupusan terkawal dan berhemah,” katanya.

Proses ini juga menjaga kesihatan awam dan melindungi industri tempatan daripada persaingan tidak adil.

Pada 2025, KPDN WPKL merekodkan 584 kes penguatkuasaan dengan nilai rampasan mencecah RM4.66 juta.

Nilai kompaun yang dikenakan berjumlah RM825,500 manakala denda sebanyak RM255,658.

Kuantiti tertinggi barang dilupuskan adalah dari kategori pakaian dan aksesori fesyen di bawah Akta Cap Dagangan 2019.

Sebanyak 24,800 unit barangan fesyen telah dilupuskan dalam operasi tersebut.

Pelupusan Mega diadakan di stor penyimpanan eksibit KPDN WPKL dan dilaksanakan bersama Pengarah KPDN Selangor.

Kesemua barangan telah selesai menjalani prosiding mahkamah dan mendapat perintah pelupusan yang sah.

Proses pelupusan dilaksanakan secara sistematik mematuhi Prosedur Operasi Standard Pengurusan Eksibit.

Mohd Sabri berkata KPDN Kuala Lumpur akan terus mempergiat usaha membanteras aktiviti penyelewengan tahun depan.

“Kami akan lebih menyasarkan usaha membanteras kartel dan sindiket berskala besar yang melibatkan penyelewengan barangan kawalan,” katanya.

Strategi penguatkuasaan akan diperkukuh dengan sasaran lebih berfokus terhadap rangkaian sindiket utama. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Fast Track Events and CloudX Entertainment Announce Strategic Partnership to Expand Celebrity and Influencer Amplification for Brands

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 15 December 2025 - Fast Track Events (FTE), a proud subsidiary of Fast Track Group (NASDAQ: FTRK), today announced a strategic partnership with CloudX Entertainment, a next-generation hybrid talent management and creative agency.
spot_img

Popular Categories