the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, January 12, 2026
23.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Laporan penilai bebas Aerotrain dijangka pertengahan Januari 2026

MAHB umum dua penilai bebas akan kemukakan laporan lengkap mengenai sistem Aerotrain KLIA menjelang pertengahan Januari tahun depan.

KUALA LUMPUR: Dua penilai bebas yang menyemak sistem Aerotrain dijangka mengemukakan laporan mereka menjelang pertengahan Januari 2026.

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dalam kenyataan mengumumkan penilai berkenaan ialah Alstom dan IJMC-PESTECH.

Mereka menyemak reka bentuk, pemasangan, operasi dan penyelenggaraan sistem kereta api lapangan terbang itu.

Status terkini rasmi seterusnya mengenai Aerotrain akan dikongsi pada Januari 2026.

“Sementara itu, Aerotrain terus beroperasi seperti biasa setiap hari,” menurut MAHB.

Bagi memastikan pergerakan penumpang tidak terganggu, perkhidmatan bas ulang-alik penuh akan digunakan pada waktu luar puncak setiap malam.

Perkhidmatan bas dari pukul 9 malam hingga 7 pagi itu adalah untuk memudahkan kerja-kerja pemeriksaan yang sedang dijalankan.

MAHB juga berkongsi perkembangan terkini mengenai pelan tindakan komprehensif (CAP) yang diperkenalkan bagi menangani kebimbangan kebolehpercayaan sistem Aerotrain KLIA.

CAP yang bermula pada 15 November 2025 itu diketuai oleh MAHB dengan penglibatan penuh kontraktor usaha sama serta penilai teknikal bebas.

Peringkat 1 dan Peringkat 2 yang melibatkan pemeriksaan keseluruhan, kerja pembetulan dan pengujian simulasi telah disiapkan.

Kerja-kerja pemeriksaan dan pembaikan sedang dijalankan bagi memastikan integriti sistem dan keselamatan operasi.

Operasi percubaan Peringkat 3 kini akan bermula seperti dirancang dan berterusan sehingga akhir Disember.

Sistem akan diuji di bawah pelbagai senario operasi sepanjang fasa ujian percubaan ini.

Ujian itu merupakan langkah penting dalam mengesahkan keberkesanan langkah pembaikan sebelum keyakinan operasi sepenuhnya dipulihkan.

MAHB kekal komited untuk memastikan keselamatan dan keselesaan penumpang sambil mendukung piawaian operasi tertinggi.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua penumpang atas kerjasama mereka sepanjang tempoh ini,” kata MAHB. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories