the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, December 19, 2025
23.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Nasyrul Quran cetak 20,000 mushaf terjemahan Tamil untuk wakaf global

Pusat percetakan Nasyrul Quran mula cetak 20,000 al-Quran terjemahan Tamil untuk projek Sejuta Al-Quran, dihantar ke Zanzibar dan kawasan bencana

PUTRAJAYA: Nasyrul Quran, pusat percetakan al-Quran kedua terbesar di dunia, memulakan proses percetakan 20,000 mushaf al-Quran dengan terjemahan bahasa Tamil.

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada projek Solidariti Wakaf Sejuta Al-Quran.

Majlis pelancaran simbolik disempurnakan Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Dr Ahmad Maslan bersama pimpinan Yayasan Restu dan Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR).

Nasyrul Quran dalam kenyataan memaklumkan 20,000 naskhah al-Quran wakaf itu akan dihantar ke Zanzibar, Tanzania.

Penghantaran itu bertujuan menyokong pendidikan Islam dan memperkasakan komuniti Muslim di wilayah tersebut.

Sebanyak 10,000 naskhah al-Quran wakaf lain dikhaskan untuk misi penggantian naskhah yang rosak akibat bencana alam di Malaysia, Aceh dan Selatan Thailand.

Ahmad Maslan berkata usaha berkenaan bukan sekadar aktiviti percetakan tetapi merupakan tanggungjawab dakwah yang melangkaui sempadan geografi.

“Melalui inisiatif Sejuta Al-Quran, kami ingin memastikan tiada umat Islam yang tercicir daripada memiliki naskhah Al-Quran yang mampu mereka fahami,” katanya.

Beliau menegaskan cetakan 20,000 naskhah al-Quran terjemahan Tamil itu adalah langkah strategik untuk mendekati jutaan penutur bahasa tersebut.

Agihan wakaf ke Zanzibar dan kawasan banjir pula adalah bukti solidariti umat Islam Malaysia terhadap saudara seagama di luar negara.

Projek Solidariti Wakaf Sejuta Al-Quran diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Matlamat projek itu adalah menyebarkan risalah Al-Quran dengan terjemahan pelbagai bahasa ke seluruh dunia. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

HYTE’S Soft & Curvy X50 and X50 Air Modern Performance Cases Now Readily Available

CALIFORNIA, UNITED STATES - Media OutReach Newswire - 19 December 2025 - HYTE, a leading manufacturer of cutting-edge PC components and peripherals, is excited to announce that its highly anticipated X50 and X50 Air Modern Performance Cases are now available.
spot_img

Popular Categories