Situasi banjir di Pahang dan Terengganu semakin pulih dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan terus menurun pada pagi ini.
KUANTAN: Situasi banjir di Pahang dan Terengganu semakin pulih dengan jumlah mangsa yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) terus menurun.
Di Pahang, jumlah mangsa berkurangan kepada 4,873 orang daripada 1,655 keluarga di 41 PPS setakat pagi ini.
Ini berbanding 7,004 mangsa daripada 2,373 keluarga di 64 PPS yang dilaporkan petang semalam.
Daerah Kuantan masih merekodkan bilangan mangsa tertinggi, iaitu 4,127 orang di 23 PPS.
Ia diikuti oleh Pekan (456 orang), Jerantut (86 orang), Bera (68 orang), Temerloh (59 orang), Rompin (42 orang) dan Maran (35 orang).
Di Terengganu, jumlah mangsa banjir di daerah Kemaman menurun kepada 921 orang daripada 246 keluarga setakat pagi ini.
Semua mangsa di daerah itu berlindung di tiga PPS, iaitu Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok, SK Binjai dan SK Chukai.
Sementara itu, paras air di dua stesen di Setiu, Terengganu telah melepasi tahap berjaga-jaga.
Stesen-stesen tersebut adalah Sungai Nerus di Kampung Bukit dan Sungai Nerus di Kampung Bukit (F1).








