the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, December 25, 2025
24.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

8,006 sukarelawan SPM dilantik tahun ini, tertinggi sejak 2023 – Fadhlina

Seramai 8,006 sukarelawan dilantik bagi bantu pengendalian SPM 2025, angka tertinggi sejak inisiatif ini diperkenalkan

KUALA LUMPUR: Seramai 8,006 sukarelawan dilantik bagi membantu pengendalian peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, jumlah tertinggi sejak inisiatif berkenaan diperkenalkan pada 2023, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau berkata jumlah keseluruhan sukarelawan yang telah berkhidmat sepanjang tiga tahun pelaksanaan inisiatif itu bagi meringankan beban tugas guru kini mencecah 20,997 orang.

“Kami tidak akan pernah berhenti berikhtiar dan mencari jalan bagi menangani beban tugas guru.

“Langkah ini bertujuan memastikan golongan pendidik dapat memberi sepenuh tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran, di samping kesejahteraan mereka terpelihara,” katanya.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories