the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, January 1, 2026
22.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Hina Islam, ludah anggota polis, wanita ditahan di Kedah

Seorang wanita ditahan polis kerana bertindak agresif, meludah dan menghina agama Islam di Alor Setar, dengan kes disiasat di bawah beberapa seksyen Kanun Keseksaan.

ALOR SETAR: Seorang wanita berusia 34 tahun telah ditahan polis selepas bertindak agresif terhadap anggota polis dan mengganggu ketenteraman awam di Mergong semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Syed Basri Syed Ali berkata, suspek ditahan kira-kira 2.30 petang selepas laporan diterima mengenai seorang individu yang dipercayai kurang siuman menumbuk seorang pekerja di sebuah syarikat.

Dua anggota polis tiba di lokasi untuk memberikan bantuan.

Syed Basri berkata, anggota polis mendapati suspek sedang membuat kacau dan memperkenalkan diri untuk menenangkan keadaan.

“Suspek tiba-tiba bertindak agresif dan provokatif dengan meninggikan suara, memaki hamun, serta membuat isyarat lucah ke arah salah seorang anggota polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Suspek turut membaling kad pengenalannya ke arah anggota polis tersebut.

Menurut Syed Basri, suspek juga meludah ke arah anggota polis sambil mengeluarkan kata-kata yang menghina agama Islam.

Kejadian itu telah dirakam orang awam dan kemudian ditular di platform media sosial TikTok.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan iaitu menggunakan kekerasan jenayah untuk menakutkan penjawat awam semasa menjalankan tugas.

Suspek turut disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana sengaja mengeluarkan kata-kata yang boleh menyinggung perasaan penganut agama.

Siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Related

spot_img

Latest

Fahmi Fadzil kongsikan pencapaian besar Kementerian Komunikasi

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkongsi sorotan pencapaian kementeriannya dalam tiga tahun, merangkumi 5G, keselamatan siber, industri kreatif dan penyampaian maklumat kerajaan.

Most Viewed

News Hub Asia announces the NHA Top 10 Middle Eastern Restaurants in Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 31 December 2025 - As Malaysia prepares to welcome the world ahead of Visit Malaysia Year 2026, the country's diverse culinary scene continues to stand out as one of its strongest cultural assets.
spot_img

Popular Categories