the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, January 7, 2026
23.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Pusat pemindahan kekal bencana SMK Matang sedia terima mangsa banjir

Pusat Pemindahan Kekal Bencana di SMK Matang, Terengganu siap dinaik taraf dengan kos RM907,000, mampu menempatkan lebih 200 mangsa

KUALA BERANG: Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matang di sini kini sedia digunakan selepas dinaik taraf daripada sebuah pusat pemindahan sementara (PPS).

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Meor Ismail Meor Akim (gambar) berkata kerja menaik taraf sebuah bangunan asrama sekolah yang tidak digunakan itu dilakukan dari Julai hingga Disember tahun lepas dengan kos kira-kira RM907,000.

Beliau berkata projek menaik taraf PPS kepada PPKB itu ialah yang ketiga disiapkan selepas PPKB Dewan Taman Kota Jaya dan PPKB Dewan Arena Segitiga di Kota Tinggi, Johor.

“Perancangan kita hendak mewujudkan 15 PPKB di seluruh negara, sama ada bina baharu atau menaik taraf PPS bagi memberi keselesaan kepada mangsa banjir,” katanya.

Meor Ismail berkata pihaknya amat berharap PPKB ini dapat digunakan di luar musim banjir supaya projek ini tidak dianggap sebagai pembaziran.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci PPKB SMK Matang hari ini.

PPKB SMK Matang mampu menempatkan lebih 200 mangsa banjir pada satu-satu masa dan mempunyai pelbagai fasiliti lebih selesa termasuk tandas mesra orang kurang upaya (OKU).

Selain tujuh bilik, pusat itu mempunyai sebuah stor yang boleh dijadikan sebagai pangkalan hadapan bagi menempatkan barangan keperluan serta makanan mangsa banjir.

Sementara itu, Meor Ismail berkata semua agensi berkaitan telah siap siaga untuk menghadapi fasa seterusnya luruan Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula esok.

Hadir sama pada majlis itu Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan) Kementerian Pendidikan Malaysia Datuk Wan Hashim Wan Rahim dan Pengarah Pendidikan Terengganu Kamsah@Kamal Mohamed. 

Related

spot_img

Latest

Swiss officials admit inspections failure at inferno bar

Swiss authorities admit failure in conducting fire safety inspections for five years at Le Constellation bar, where 40 people died in a New Year's blaze. Owners face manslaughter charges.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories