the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hospital Medan Kuwait Gaza gantung pembedahan akibat kekurangan sumber kritikal

Hospital Medan Kuwait di Gaza gantung semua pembedahan berikutan kekurangan bekalan perubatan seperti anestesia dan peralatan pembedahan

GAZA: Hospital Medan Khusus Kuwait di Gaza pada Sabtu mengumumkan penggantungan semua pembedahan berjadual dan kecemasan berikutan kekurangan sumber, lapor Agensi Berita Kuwait (KUNA).

Dalam satu kenyataan, pentadbiran hospital memaklumkan bahawa penggantungan itu berpunca daripada kekurangan teruk bekalan perubatan penting, khususnya anestesia, cecair intravena, bahan dan bekalan pensterilan serta peralatan pembedahan.

Kekurangan itu diburukkan lagi dengan penutupan berterusan lintasan sempadan serta tindakan pendudukan Israel yang menghalang kemasukan ubat-ubatan dan peralatan perubatan.

Pentadbiran hospital memberi amaran bahawa hospital itu berkemungkinan terpaksa menghentikan operasi sepenuhnya, sekali gus menimbulkan ancaman langsung terhadap nyawa pesakit dan mangsa yang cedera. Ia juga merupakan petunjuk bahaya kepada kelumpuhan sistem penjagaan kesihatan secara keseluruhan di bawah keadaan yang belum pernah berlaku dan bersifat malapetaka.

Kenyataan itu turut menyatakan bahawa jabatan-jabatan hospital sedang menghadapi tunggakan ratusan pesakit dalam senarai menunggu merangkumi pelbagai kepakaran perubatan.

Langkah sedemikian juga bermakna ribuan pesakit dan mangsa yang cedera dinafikan hak mereka untuk mendapatkan rawatan kesihatan serta perkhidmatan perubatan berkualiti tinggi yang disediakan hospital berkenaan, sekali gus memburukkan lagi krisis kesihatan dan kemanusiaan yang dihadapi penduduk yang hilang tempat tinggal di Gaza, menurut kenyataan itu.

Hospital berkenaan telah menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada ribuan penduduk yang hilang tempat tinggal di pinggir Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza sejak kemudahan utamanya di Rafah, juga di selatan Semenanjung Gaza, musnah dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Pihak berkuasa kesihatan di Gaza melaporkan bahawa lebih 1,000 rakyat Palestin maut sejak bermulanya serangan Israel di Semenanjung Gaza akibat kekurangan ubat-ubatan dan keterbatasan sumber di hospital. – BERNAMA-KUNA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Ladies here, you need to respect them’ – French travel show highlights Rapid KL’s...

“You might see a group of women trying to push you out of the train!” the commuter laughed. “But in the worst-case scenario, you could be reported. They could pull the alarm, report you to an officer on the platform, and the officer would ask you to leave.”

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings