Rusia merancang untuk memperluas trafik udara dengan Arab Saudi pada 2026 dan menyambut peningkatan kekerapan penerbangan Oman Air ke beberapa bandar utama.
ISTANBUL: Rusia merancang untuk meningkatkan hubungan antarabangsa dari Krasnodar dan memperluas trafik udara dengan Arab Saudi pada 2026.
Menteri Pengangkutan Rusia, Andrei Nikitin, menyatakan hasrat itu dalam wawancara dengan agensi berita Tass.
Beliau turut menyentuh perkembangan dalam sektor penerbangan dengan Oman.
Oman Air dijadualkan meningkatkan kekerapan penerbangan ke Moscow tahun ini.
Syarikat penerbangan itu juga akan meluaskan rangkaian perkhidmatannya untuk merangkumi St Petersburg, Kazan, Yekaterinburg dan Sochi.
Nikitin menekankan usaha diplomatik Moscow dalam sektor pengangkutan.
“Kami berada dalam kedudukan rundingan yang sangat aktif dengan semua negara sahabat,” katanya.
Pengumuman itu menyusuli pelancaran penerbangan Oman Air dari Salalah ke Moscow pada akhir 2025.
Laluan baharu itu mencerminkan pertumbuhan hubungan pelancongan dan ekonomi antara Rusia dengan wilayah Teluk.








