the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, December 14, 2025
23.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sri Lanka buka semula destinasi pelancongan selepas kesan siklon

Sri Lanka buka semula destinasi pelancongan utama dan lancar kempen ‘Sri Lanka Sedia’ untuk pulihkan industri selepas dilanda Siklon Ditwah

COLOMBO: Pihak berkuasa Sri Lanka akan membuka semula kebanyakan destinasi pelancongan dan melaksanakan siri langkah pemulihan untuk menghidupkan semula industri pelancongannya yang terjejas akibat Siklon Ditwah, menjelang musim puncak pelancongan yang semakin hampir, kata pegawai, seperti dilaporkan Xinhua. 

Timbalan Menteri Alam Sekitar Anton Jayakody memaklumkan pemberita bahawa taman botani, yang ditutup sementara berikutan tanah runtuh dan kebimbangan keselamatan dicetuskan siklon itu, akan dibuka semula tidak lama lagi. Beliau mengarahkan pihak berkuasa berkaitan melaksanakan langkah menangani risiko tanah runtuh di kawasan terbabit.

Sementara itu, pegawai pelancongan Sri Lanka melancarkan kempen pemasaran bertemakan “Sri Lanka Sedia”, menyasarkan pelancong dari 10 pasaran sumber utama negara itu melalui platform digital.

Pada 8 Disember lepas, Pengerusi Pihak Berkuasa Pembangunan Pelancongan Sri Lanka, Buddhika Hewawasam, mendedahkan bahawa kemudahan kemasukan tanpa visa yang tertangguh lama untuk pelancong dari 40 negara dijangka berkuat kuasa Januari 2026, sebagai sebahagian usaha lebih luas bagi mempercepat pemulihan pasca bencana dan menyokong musim puncak pelancongan musim sejuk.

Data rasmi terkini menunjukkan lebih 70,000 pelancong telah tiba di Sri Lanka antara 1 hingga 11 Disember. – Bernama-Xinhua

Related

spot_img

Latest

Hellgren seals maiden Asian Tour title with Saudi Open win

Bjorn Hellgren claimed the Saudi Open presented by PIF with a dramatic one-shot victory over Jack Thompson after a tense final round at Dirab Golf & Country Club, closing with a five-under-par 67 to finish on 23-under and holing a six-foot birdie putt on the 18th for his maiden Asian Tour title.Thompson, tied with Hellgren at the start of the day, carded a 68 to finish second in the season-ending Asian Tour event, a result that secured his playing card for next year after he narrowly missed an eagle chance on the final hole.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories