the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Gobind: Sektor kerajaan, industri dibekal kelengkapan baik untuk pacu perjalanan digitalisasi negara

CYBERJAYA: Kementerian Digital akan terus memastikan bahawa sektor kerajaan dan industri dibekalkan dengan kelengkapan yang baik dalam memacu perjalanan digitalisasi negara, dengan memberi keutamaan kepada daya saing yang mantap berbanding negara lain.

Menteri Digital Gobind Singh Deo (gambar) berkata kementeriannya sedang berusaha mengukuhkan asas digitalisasi negara, untuk menggerakkan pertumbuhan ekonomi, menarik pelaburan, dan meningkatkan daya saing negara di peringkat global dan serantau.

Beliau berkata ini akan dilakukan dengan menekankan pendekatan progresif dan menyeluruh terhadap program-program digitalisasi.

“Pertumbuhan pesat dalam digitalisasi memberikan peluang dan cabaran. Semasa teknologi kita terus berkembang, dasar-dasar dan inisiatif kita juga bergerak seiring bagi memaksimumkan faedah ekonomi dan sosial untuk semua,“ katanya semasa berucap ketika melancarkan Telekom Malaysia Berhad (TM) One Innovation Lab dan Majlis Pusat 5G Enterprise di Akademi Digital TM di Universiti Multimedia, di sini, hari ini.

Menurutnya selain itu, pihak kementerian juga menyasarkan untuk memupuk minda yang mengutamakan digital, di samping menggalakkan penggunaan teknologi digital dalam sektor awam dan swasta.

Sementara itu Gobind berkata dua makmal yang ditubuhkan oleh TM hari ini akan menjadi pusat digital yang mempromosikan kerjasama inovatif, penciptaan penyelesaian digital yang dimajukan dengan Kecerdasan Buatan (AI), dan pembangunan aplikasi yang khusus kepada industri yang memanfaatkan kelajuan tinggi 5G.

“Ia menyediakan ruang untuk kolaborasi dan penciptaan bersama, memudahkan perkongsian antara pihak berkepentingan yang berbeza bagi menggerakkan transformasi digital. Ini adalah sesuatu yang pertama kali saya lihat di sini (di Malaysia) yang menonjolkan penggunaan 5G.

“Ini adalah salah satu perkara yang kementerian saya sedang pertimbangkan… bagaimana kita boleh melakukan itu (menubuhkan makmal sedemikian) di peringkat persekutuan dan negeri serta kerajaan tempatan.. ada banyak perkara yang perlu kita bincangkan semasa kita melangkah maju bersama,” katanya.

“Namun untuk permulaan, kita boleh menjangka usaha-usaha kolaborasi di dalam makmal ini akan membuka peluang baru dan merangsang kemajuan dalam sektor-sektor penting seperti penjagaan kesihatan, pendidikan, dan pertanian,“ tambahnya.

Gobind berkata lebih banyak makmal seumpama itu akan ditubuhkan pada masa depan untuk memacu fasa seterusnya perjalanan digitalisasi Malaysia. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Trump orders disclaimer signs outside museum of American history

The order calls on federal officials to "install temporary signage" on public walkways outside the building to "notify visitors that the Museum exhibits should be renovated" to reflect "accurate information regarding America's history."

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings