the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JPJ Kelantan bongkar taktik van bawa pelancong dari Thailand ke Malaysia

JELI: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membongkar taktik pemilik van dari Thailand yang membawa masuk pelancong dari negara itu tanpa lesen yang sah dalam operasi khas van putih, semalam.

Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ Datuk Lokman Jamaan berkata modus operandi itu dikesan selepas JPJ menerima aduan dan risikan di kawasan pintu sempadan Malaysia-Thailand berdekatan daerah Jeli dan Rantau Panjang.

Beliau berkata dalam operasi itu, JPJ mengesan ulat pelancong dan menahan 15 van dari negara itu kerana menyalah guna permit pengedaran antarabangsa.

“Operasi khas ini dilakukan bersama Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bagi mengesan ulat-ulat pelancong yang menggunakan van dari Thailand membawa masuk pelancong ke negara ini,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Lokman berkata hasil siasatan JPJ mendapati van yang dimiliki individu digunakan bagi menjalankan perniagaan membawa masuk pelancong ke negara ini.

“Hasil siasatan JPJ, dipercayai setiap pelancong atau penumpang van itu dikenakan bayaran tertentu untuk satu perjalanan untuk memasuki negara ini.

“Tindakan ini jelas memberi kesan kepada industri pengangkutan awam di negera ini,“ katanya menambah kes disiasat di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Seksyen 5(2) Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).

Menurutnya, kesalahan terlibat ialah menjalankan perniagaan kenderaan pelancongan tanpa lesen yang sah. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings