the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 9, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki maut ditetak sepupu di Tumpat disiasat bawah Seksyen 302

Mangsa Mohd Shuhairi Hashim, 46, maut ditetak sepupu di Kampung Kok Bedullah, Tumpat dengan suspek positif dadah dan memiliki.

TUMPAT: Seorang lelaki tempatan maut selepas disyaki ditetak sepupunya dalam kejadian di Kampung Kok Bedullah di sini semalam.
Mangsa dikenali sebagai Mohd Shuhairi Hashim, 46, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat mengesahkan penahanan suspek terbabit.
Beliau berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
“Ujian saringan air kencing terhadap suspek disahkan positif dadah dan memiliki,” katanya sambil menambah perincian lanjut akan dikeluarkan dalam kenyataan rasmi.
Ibu mangsa Wan Salma Wan Said, 68, berkata dia menemukan anaknya dalam keadaan berlumuran darah berhampiran rumah mereka.
Beliau berkata ketika kejadian dia berada di atas rumah dan sedang bersiap untuk tidur.
“Ketika itu saya terdengar seolah-olah ada orang mengerang kesakitan,” katanya di Unit Forensik Hospital Tumpat hari ini.
“Saya segera membuka jendela rumah dan ternampak anak saya terbaring serta mengerang kesakitan dalam keadaan mengerikan.”
“Di sebelahnya saya nampak anak saudara saya (suspek) sedang berteriak.”
“Saya tidak pasti apa yang berlaku, namun saya percaya mungkin ada perselisihan faham antara mereka sehingga tercetus kejadian menyayat hati ini.”
Wan Salma berkata suspek sebelum itu ada memberitahu bahawa mangsa melakukan sesuatu yang menyakitkan hati dan bersifat peribadi.
Beliau berkata suspek tidak menjelaskan perkara tersebut dengan lebih lanjut sebelum beredar ke rumahnya.
“Selepas itu, saya terus menghubungi seorang lagi anak saya sebelum membuat laporan polis,” katanya.
Beliau berkata ketika kejadian, mangsa dipercayai sedang mencuci jengkaut bersendirian sebelum didatangi suspek.
Mangsa kemudian ditetak menggunakan senjata tajam yang tidak diketahui jenis oleh suspek. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Railtown AI Announces Service-Led Commercialization Strategy to Accelerate AI Adoption Among Canadian SMEs

Vancouver, British Columbia - Newsfile Corp. - July 8, 2026 - Railtown AI Technologies Inc. (CSE: RAIL) (OTCQB: RLAIF) ("Railtown" or the "Company"), a Canadian-based AI developer tools and agentic orchestration company today announced the launch of its Service-Led Commercialization Strategy, a long-term growth initiative designed to accelerate artificial intelligence adoption among Canadian small and medium-sized enterprises ("SMEs") while expanding recurring software revenue through the deployment of the Company's proprietary AI technologies.

18 women coaches join Fifa scholarship programme

A total of 18 women coaches from across Malaysia have been selected for the Fifa Coaching Education Scholarship Programme to strengthen women's football coaching development

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings