the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, October 15, 2026
28 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki maut terjatuh dari bangunan Pasar Besar Ipoh

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

Seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari bangunan Pasar Besar Ipoh di Jalan Laksamana.

IPOH: Seorang lelaki tempatan maut dipercayai terjatuh dari bangunan Pasar Besar Ipoh di Jalan Laksamana di sini, pagi tadi kata Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Muhammad Najib Hamzah.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian berkenaan pada 9.25 pagi dan siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 29 tahun itu, meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah dialaminya.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh kira-kira 10.30 pagi bagi proses bedah siasat,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Muhammad Najib meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh menerusi talian 05-245 1500 atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img