the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 7, 2026
30.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

'Pelangai gateway' visi Amizar untuk tingkat sosioekonomi masyarakat

BENTONG: Menjadikan Pelangai sebagai pintu gerbang (gateway) ke Pahang merupakan antara impian calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai Datuk Amizar Abu Adam (gambar), untuk meningkatkan taraf sosioeknonomi masyarakat setempat.

Beliau berkata ini kerana Pelangai mempunyai potensi yang luas, untuk dipromosikan sebagai sebuah pusat agropelancongan dan tempat hentian bagi mereka yang melalui kawasan itu, untuk ke pantai timur atau selatan tanah air.

“Sepanjang perjalanan dari Karak masuk ke Pelangai memang ada pelbagai produk…kita di sini ada durian Telemong. Orang kata durian dari Raub yang sedap, tetapi kalau cuba makan percayalah durian Telemong lagi power.

“Kita juga ada banyak inap desa dan ladang-ladang cantik yang ada pemandangan cantik, boleh healing…waktu pagi kawasan ini sangat sejuk, memang nyaman,” katanya kepada Bernama.

Amizar berkata idea menjadikan Pelangai sebagai pintu gerbang ke Pahang, tercetus hasil perbincangannya dengan penyandang DUN Pelangai Allahyarham Datuk Seri Johari Harun, tidak lama sebelum nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas yang mengorbankan Johari.

“Arwah dah bagi satu pelan tindakan yang jelas…bagi dia Pelangai ini ialah pintu masuk dan keluar ke beberapa negeri. Jadi saya nak tambah nilai daripada itu. Pelangai Gateway merupakan impian saya. Kita mesti ada satu benda yang istimewa untuk bawa masuk orang datang ke Pelangai,” kata Amizar.

Beliau berkata sekiranya idea itu dapat dilaksanakan, ia juga akan mengalakkan pembangunan infrastruktur di sini.

Amizar berkata ‘Pelangai Gateway’ akan menjadi satu ‘jenama’ yang besar, yang juga berpotensi memberi suntikan kepada ekonomi setempat, hasil aktiviti jual beli atau penyediaan perkhidmatan oleh masyarakat tempatan.

“Ia juga boleh memberikan pulangan pelaburan kepada orang yang melabur, kerana kita ada satu daya tarikan untuk orang datang berbelanja di sini…Insya-Allah satu hari nanti, mungkin dua hingga lima tahun lagi, akan berlaku banyak perubahan di Pelangai ini,” katanya.

Pelangai mendapat jolokan ‘penghujung Pahang’ kerana kedudukannya yang bersempadan dengan Negeri Sembilan di barat Pahang.

PRK yang akan berlangsung pada 7 Okt ini, menyaksikan Amizar berdepan pertandingan tiga penjuru menentang calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasli. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

L’Occitane En Provence Helps Malaysians Address Hair Fall Through Expert Hair & Scalp Diagnosis

As hair fall and hair loss concerns continue to affect consumers across different ages and life stages, L'Occitane is encouraging Malaysians to look beyond the symptoms and understand the root cause of their concerns through its complimentary Hair & Scalp Diagnosis.

Prudential Singapore tops global MDRT Culture of Excellence (COE) Awards with 29 agency leaders...

Prudential Singapore ("Prudential") achieved the strongest showing globally in the 2026 Million Dollar Round Table (MDRT) Culture of Excellence (COE) Awards, with 29 agency leaders recognised out of 68 winners worldwide.

As EVs become the majority of new car registrations in Singapore, Allianz highlights a...

Electric vehicles (EVs) have reached a defining milestone in Singapore. Allianz Insurance Singapore says the national EV conversation is evolving beyond adoption towards a fundamental shift in how drivers think about vehicle ownership, as EVs now account for the majority of new car registrations.

AEON Bank Biz powers up business growth with Term Financing-i and Working Capital Financing-i

AEON Bank (M) Berhad, Malaysia's first digital Islamic bank, has expanded its business banking financing facilities with the introduction of Term Financing-i and Working Capital Financing-i, anchored by its Business Banking vertical, AEON Bank Biz.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings