the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM: Ekosistem bahan api hidrogen negara mampu berkembang lebih pesat

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya ekosistem bahan api hidrogen di dalam negara pasti berkembang dengan lebih pesat dan maju pada masa depan disertai dengan kajian serta penyelidikan menyeluruh.

Menerusi hantaran dalam laman Facebook, Anwar turut percaya teknologi itu mampu bersaing di pasaran terbuka sebagai alternatif untuk dinikmati para pengguna.

Perdana Menteri memaklumkan hari ini beliau berpeluang menyaksikan demonstrasi pengisian semula hidrogen ke kenderaan berkuasa hidrogen di Putrajaya.

“Menariknya, kenderaan berkuasa hidrogen itu lebih senyap berbanding kenderaan menggunakan bahan api petrol,” katanya.

Terdahulu, Anwar bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berkesempatan menaiki kenderaan menggunakan sel bahan api hidrogen jenis Toyota Mirai dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ke bangunan Perdana Putra.

Toyota Mirai merupakan kenderaan hidrogen jenis sedan yang pertama di Semenanjung. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings