the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Surat layang: FAM mahu buat laporan polis

SUBANG JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mempertimbangkan untuk membuat laporan polis berhubung penyebaran ‘surat layang’ yang memburukkan kepimpinan dan pengurusan badan induk itu baru-baru ini.

Presidennya Datuk Hamidin Mohd Amin (gambar) berkata pihaknya juga bercadang untuk bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengenal pasti sumber ‘surat layang’ yang dikirim melalui e-mel kepada pihak berkepentingan termasuk media itu.

“Kalau hari-hari sampai ‘surat layang’ letih juga, jadi kita juga akan kerjasama dengan SKMM (mencari) di mana sumber e-mel itu datang dan exco setuju untuk buat laporan polis.

“Jika ada perkara dalam ‘surat layang’ itu yang suspicious kita akan bawa ia kepada Tan Sri Aseh Che Mat selaku Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM,” katanya pada sidang media selepas Kongres Tahunan FAM ke-60 di sini, hari ini.

Pada masa sama, Hamidin juga menepis dakwaan FAM tidak telus dalam proses pemberian tender melibatkan projek Pusat Latihan Kebangsaan yang merupakan antara perkara utama dibangkitkan dalam ‘surat layang’ itu.

“Dari segi kewangan kita buat ikut SOP (Prosedur Operasi Standard) FAM dan AFC (Konfederasi Bolasepak Asia), apa-apa saja kita buat melibatkan kewangan akan masuk jawatankuasa tetap masing-masing,” katanya.

Mengulas lanjut, Hamidin mengakui sedih dengan pelbagai dakwaan dalam ‘surat layang’ itu, selain menyifatkan ia sebagai tomahan jahat dan berbentuk serangan peribadi ke atas kepimpinannya.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung FAM Datuk Noor Azman Rahman enggan mengulas panjang mengenai pelbagai dakwaan salah guna kuasa dibuat terhadapnya.

“Saya cuma mahu memaafkan segala tomahan dan fitnah itu,” katanya sambil menahan sebak.

Semalam, tular di media sosial ‘surat layang’ dalam bentuk e-mel yang membangkitkan isu kepimpinan dan pengurusan FAM.

Empat perkara utama yang dibangkitkan ialah penyalahgunaan kuasa oleh Setiausaha Agung FAM, gaji serta manfaat staf, isu melibatkan skuad Harimau Malaya dan projek Pusat Latihan Kebangsaan.

Dalam perkembangan berasingan, Hamidin berkata FAM menyokong usul mencadangkan supaya badan induk itu memberi sepenuh sokongan kepada Presiden FIFA Gianni Infantino bagi membangkitkan isu perkauman dalam bola sepak sebagai agenda utama pada Kongres FIFA Kali Ke-74 di Bangkok, Mei depan.

Selain itu, Hamidin berkata Persatuan Bola Sepak Negeri Johor Darul Ta’zim diumumkan sebagai pemenang Anugerah Ahli Gabungan Terbaik FAM bagi tahun 2023 dengan anugerah itu merupakan kali pertama diperkenalkan pada kongres hari ini. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Team Rey Young reach MWI 2026 quarterfinals on Esports World Cup debut in Paris

KUALA LUMPUR, July 22: Malaysia's Team Rey Young reached the quarterfinals of the Mobile Legends: Bang Bang Women's International 2026 (MWI) on their debut at the Esports World Cup (EWC) in Paris.The team secured a top-eight finish after progressing through Malaysia's domestic qualification pathway via the RedOne MLBB Ladies International Invitational.

Hariss Harun targets Singapore’s fifth Asean Hyundai Cup title as lions look to rise...

SINGAPORE, July 23: Singapore captain Hariss Harun believes the Lions are ready to challenge for a fifth ASEAN Hyundai Cup™ title as the tournament celebrates its 30th anniversary.Hariss, who has experienced Singapore's greatest triumphs and toughest periods over the past two decades, is preparing to play a leading role as the four-time champions begin their campaign in Group A.The Lions open their campaign against Cambodia at Morodok Techo National Stadium on Friday before hosting Timor-Leste at Jalan Besar Stadium next Monday.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings