the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, February 5, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

10 ADUN angkat sumpah sebagai anggota Kabinet Sabah baharu

Sepuluh ADUN Sabah angkat sumpah sebagai menteri kabinet negeri di Istana Seri Kinabalu, lengkapkan barisan kepimpinan pimpinan Hajiji Noor

KOTA KINABALU: Sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah mengangkat sumpah sebagai anggota Kabinet negeri di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu.

Mereka terdiri daripada tujuh ADUN Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta masing-masing satu ADUN Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO), Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam mendahului senarai menteri yang mengangkat sumpah.

Setiausaha Agung GRS Datuk Seri Masidi Manjun dan Presiden UPKO Datuk Ewon Benedick turut mengangkat sumpah.

Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, Naib Presiden PGRS Datuk Rubin Balang, Ketua Penerangan PGRS Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dan Ketua Bahagian PGRS Sugut Datuk James Ratib juga mengangkat sumpah.

Anggota lain yang mengangkat sumpah ialah Setiausaha Agung PBS Datuk Julita Mojungki, Setiausaha UMNO Sabah Datuk Jafry Ariffin dan ADUN Melalap Datuk Jamawi Jaafar.

Komposisi Kabinet Sabah kini terdiri daripada lapan ahli daripada GRS, satu daripada UPKO, satu daripada BN dan satu daripada PH.

Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri ke-17 pada awal pagi semalam.

GRS memperoleh 29 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Dusit highlights rare convergence of Michelin recognition across hotels, dining, and the culinary talent it has trained

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 4 February 2026 - Dusit International, one of Thailand's leading hotel and property development companies, is spotlighting a rare convergence of Michelin recognition across its hospitality ecosystem, spanning hotels, dining, and the chefs who have passed through institutions under Dusit Hospitality Education.

St. George’s University Prepares Future South Korean Physicians for the Growing Global Cancer Care Challenge

SEOUL, SOUTH KOREA - Media OutReach Newswire - 4 February 2026 - Rising global cancer incidence is straining healthcare systems, which already face workforce shortages. In East Asia, the number of trained physicians in cancer care, spanning diagnosis, treatment coordination, and long-term management—has not met the increasing demand.
spot_img

Popular Categories