the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, December 31, 2025
25.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

18 pengamal media Tamil terima sumbangan Tabung Kasih@HAWANA

18 pengamal media Tamil terima sumbangan RM54,000 daripada Tabung Kasih@HAWANA bagi bantu masalah kesihatan dan ekonomi.

PUTRAJAYA: Sebanyak 18 pengamal media Tamil yang terkesan dengan masalah kesihatan, kesulitan ekonomi dan penstrukturan semula industri menerima sumbangan RM54,000 melalui Tabung Kasih@HAWANA.

Sumbangan itu disampaikan Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching dalam satu majlis di Kementerian Komunikasi hari ini.

Beliau berkata Tabung Kasih@HAWANA yang ditubuhkan sejak 2023 menunjukkan peningkatan ketara jumlah penerima setiap tahun.

“Secara keseluruhan, untuk tiga tahun ini kita ada 580 penerima dengan sumbangan keseluruhan mencecah RM1.7 juta,” katanya kepada pemberita selepas majlis berkenaan.

Teo menekankan hasrat utama tabung bukan sahaja untuk membantu wartawan aktif, malah wartawan veteran dan mana-mana pengamal media yang sedang berdepan kesulitan hidup.

Beliau berkata mana-mana individu yang memerlukan bantuan boleh menghubungi urus setia Bernama untuk proses saringan kelayakan permohonan.

Teo turut menyatakan harapan Tabung Kasih@HAWANA akan diteruskan pada 2026 bagi membantu lebih ramai pengamal media yang mengalami kesulitan.

Seorang penerima K Devandran, 58, merakamkan penghargaan kepada kementerian dan Sekretariat HAWANA atas sumbangan tersebut.

“Ini situasi agak sukar bagi kami akibat penstrukturan semula industri tetapi bantuan diterima sedikit sebanyak akan membantu kami yang terkesan,” kata bekas ketua pengarang akhbar Tamil itu.

Inisiatif Tabung Kasih@HAWANA menjadi simbol keprihatinan Kerajaan MADANI dalam menyemarakkan nilai ihsan, empati dan penghargaan terhadap pengamal media. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

BBSB International Limited Proposes Listing on GEM of HKEx to raise a maximum of approximately HK$87 million by way of Share Offer

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 31 December 2025 - BBSB International Limited ("BBSB" or the "Company", together with its subsidiaries, the "Group", stock code: 8610.HK), announces the details of its plan to list on the GEM of The Stock Exchange of Hong Kong Limited ("SEHK") today.
spot_img

Popular Categories