the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, January 7, 2026
22.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

25,000 pelatih bakal terima manfaat geran latihan industri LiKES

Geran Padanan LiKES bantu 25,000 pelatih, proses kelulusan dipendekkan ke 14 hari dengan bayaran pendahuluan RM2,000 untuk syarikat.

PETALING JAYA: Seramai 25,000 pelatih dijangka menerima manfaat menerusi Geran Padanan Latihan Industri Kecil dan Sederhana (LiKES).

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R Ramanan berkata inisiatif itu bertujuan memperkasakan latihan industri dan kebolehpasaran belia.

Beliau berkata proses kelulusan LiKES kini dipercepatkan kepada 14 hari bekerja berbanding 90 hari sebelum ini.

“Bayaran pendahuluan RM2,000 bagi setiap syarikat yang layak akan mula disalurkan bermula 1 Mac,” katanya.

Ramanan berkata syarikat boleh menerima pembayaran dalam tempoh 14 hari bekerja tertakluk kepada syarat ditetapkan Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp).

Program itu dilaksanakan menerusi TalentCorp dengan konsep bayar dan tuntut melibatkan peruntukan RM30 juta bagi tempoh tiga tahun sejak 2024.

“Perusahaan kecil dan sederhana serta syarikat pemula patut mengambil peluang ini,” ujarnya.

Beliau berkata ia peluang baik untuk pelatih melatih diri bagi persiapan lebih baik serta meningkatkan kemahiran.

Ramanan berkata demikian pada sidang media selepas lawatan ke ibu pejabat TalentCorp di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata pelaksanaan Akta Pekerja Gig yang diwartakan 31 Disember lepas dijangka diputuskan dalam masa terdekat.

Beliau berkata walaupun pihaknya sudah merangka kandungan akta itu, pelaksanaannya masih dalam perbincangan.

Perbincangan itu termasuk peruntukan tambahan RM100 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menerusi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).

Mengulas peruntukan RM50 juta bagi naik taraf Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Ramanan berkata pihaknya akan mengumumkan tender terbuka secara berfasa.

“Terdapat enam sekolah diumumkan sebelum ini, dengan lima berada di bawah senarai Yayasan Didik Negara,” katanya.

Beliau berkata kerja-kerja baik pulih perlu menunggu senarai kuantiti sebelum proses tender terbuka dijalankan.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories