the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, December 7, 2025
25.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

5.5 juta saman JPJ belum dijelaskan, pemandu diingat bayar

5.5 juta saman JPJ belum dijelaskan, pemandu digesa lunaskan sebelum akhir tahun untuk elak tindakan mahkamah dan senarai hitam lesen

PUTRAJAYA: Sebanyak 5.5 juta saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi pelbagai kesalahan jalan raya masih belum dijelaskan setakat ini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata daripada jumlah itu, 3.68 juta saman dikeluarkan di bawah notis JPJ P(22) manakala 1.38 juta lagi membabitkan sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS).

Beliau menggesa orang ramai yang mempunyai saman tertunggak untuk mengambil peluang menyelesaikannya melalui tawaran diskaun 50% yang diberikan JPJ mulai 1 November hingga 30 Disember ini.

“Ini bagi mengelakkan tindakan mahkamah atau disenarai hitam Lesen Kenderaan Motor (LKM),” katanya pada sidang media selepas perhimpunan bulanan kementerian.

Loke menegaskan bermula 1 Januari depan, bagi kes yang perlu ke mahkamah, pihaknya akan membawanya ke mahkamah.

“Kalau tidak, kita akan terus senarai hitam LKM, maksudnya tidak boleh perbaharui cukai jalan,” jelasnya.

Beliau menambah sekiranya kesalahan melibatkan pemandu, JPJ akan menyenarai hitam lesen memandu juga tetapi biasanya saman JPJ lebih kepada kesalahan kenderaan.

Mengulas perbezaan kadar diskaun antara JPJ dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menawarkan diskaun 70%, Loke berkata JPJ mengekalkan kadar 50%.

“Kita beri diskaun 50% untuk saman AwAS, Notis Temu Siasat dan Notis Saman Tampal/JPJ(P)23 sejak awal tahun, jadi tidak adil untuk mereka yang dah bayar,” katanya.

Dalam tempoh empat hari pelaksanaan diskaun terbaharu, JPJ berjaya mengutip sebanyak RM7.36 juta bagi 56,156 saman yang dibayar.

Sebelum ini, Loke dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan kadar serta kaedah kompaun saman trafik JPJ dan PDRM akan diselaras.

Melalui penyelarasan itu, pesalah yang membuat bayaran dalam tempoh 1 hingga 15 hari selepas tarikh notis akan menikmati pengurangan 50%.

Bayaran dalam tempoh 16 hingga 30 hari akan mendapat pengurangan 33%, manakala kadar maksimum dikenakan bagi tempoh 31 hingga 60 hari.

Selepas 61 hari, tindakan mahkamah dan senarai hitam akan dikenakan ke atas pesalah. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Alfa Romeo Marks the Quadrifoglio Legacy with Exclusive Giulia and Stelvio Collezione Models

Alfa Romeo has introduced two highly exclusive creations, the Giulia Quadrifoglio Collezione and Stelvio Quadrifoglio Collezione, developed in tribute to one of the brand’s most enduring icons — the Quadrifoglio. The emblem, first painted onto Ugo Sivocci’s Alfa Romeo RL when he won the 1923 Targa Florio, became the mark of the brand’s racing machinery for decades. In 1963 it shifted from the circuit to the road with the Giulia Ti Super, and from then on it distinguished Alfa Romeo’s most powerful and exclusive road-going models.That pivotal year forms the inspiration for this new Collezione series, which has been limited to just 63 units worldwide. Two Giulia units have been earmarked for the UK, while the rest will be distributed across Europe, the Middle East, China and Japan.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories